Taktikal Kedah gagal, Selangor mudah ratah Sang Kenari di laman sendiri dan mereka seolah beraksi tanpa karakter kebiasaan mereka apabila begitu mudah dijinakkan tuan rumah Selangor dengan keputusan 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam aksi keempat saingan Liga Super musim 2022.
FT: SELANGOR FC 4-1 KDA FC
⚽ 26′ Mukhairi Ajmal SEL
⚽ 35′ Caion Souza SEL
⚽ 85′ Caion Souza SEL
⚽ 85′ Caion Souza SEL
⚽ 90′ Fayadh KDA#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LS4 #SELKDA pic.twitter.com/PuyDwuIa6t
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 10, 2022
Lima minit pertama menyaksikan kedua pasukan saling berhati-hati menyusun gerakan dengan tiada sebarang percubaan berbahaya dilakukan selain bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang.
Tuan rumah, Selangor jelas lebih menguasai permainan dengan selesa bertukar hantaran berbanding Kedah yang sesekali sahaja memperoleh ruang menyusun gerakan.
Pada minit ke-11 Amer Azahar hampir meledak gol pertama buat Kedah menerusi rembatannya dari sebelah kiri hasil hantaran cantik Ronald Ngah Wanja sebelum diselamatkan dengan baik oleh Khairulazhan.
Herlison Caion melepaskan peluang keemasan beliau untuk meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-21 setelah gerakan solo beliau berjaya mengelirukan pertahanan Kedah sebelum rembatan beliau sedikit tersasar dari gawang gol lawan.

Mukhairi Ajmal membuka tirai jaringan pertama buat Selangor dalam perlawanan ini pada minit ke-26 menerusi rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti untuk meletakkan tuan rumah terlebih dahulu di hadapan.
Selangor terus menambah derita buat Kedah di separuh masa pertama pada minit ke-34 menerusi penyerang import, Herlison Caion untuk memberi keselesaan buat tuan rumah dengan dua gol berkelebihan berbanding pelawat yang seolah buntu dalam permainan malam ini.
34′ GOL | Caion menggandakan kelebihan Selangor!@selangorfc 2-0 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/1Olc901Zpn
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 10, 2022
Pada masa tambahan, Selangor terlepas untuk menambah gol ketiga perlawanan menerusi Hein Htet Aung setelah serangan balas tuan rumah sebelum itu menerusi Caion berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Kedah sebelum rembatan pemain import dari Myanmar itu sedikit melambung.
Aidil Sharin membuat dua penggantian pemain buat Kedah dengan memasukkan Al Hafiz dan Fayadh Zulkifli untuk memberi nafas baharu di bahagian serangan pada separuh masa kedua.
Kedah cuba bangkit dengan beberapa siri serangan dilancarkan oleh Syafiq Ahmad dan Ronald Ngah, namun disiplin tinggi berjaya dipamerkan pertahanan Selangor untuk menafikan segala bentuk ancaman yang cuba diberikan pasukan pelawat.
Norhakim Hassan meneruskan malam kegemilangan buat selangor dengan meledak gol ketiga perlawanan apabila pemain gantian itu mudah menewaskan Ilham Amirullah pada minit ke-84 sebelum Herlison Caion menutup terus harapan Kedah pada penghujung permainan dengan gol kedua peribadinya.
Walaupun begitu, Fayadh Zulkifli sekurangnya berjaya memperoleh satu gol sagu hati pada lewat permainan setelah menerima umpanan cantik daripada Azamuddin Akil pada minit ke-91.
90+2′ GOL | Fayadh Zulkifli menyudahkan gerakan “1-2” yang menarik untuk gol Kedah Darul Aman FC!@selangorfc 4-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/BlBxwHbqiq
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 10, 2022
Keputusan tersebut menyaksikan Kedah buat pertama kali mencatat kekalahan musim ini dalam saingan Liga Super berbanding Selangor yang akhirnya berjaya memperoleh kemenangan sulung mereka setelah sekadar mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan sebelum itu.