Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @n_ahwal telah berkongsi keluhannya berhubung isu guru mengajar secara ‘live’ di media sosial sedangkan berada dalam kelas bersama murid-murid. Malah ada Netizen desak KPM ambil tindakan kepada guru ‘Live’ TikTok semasa mengajar
Pengguna Twitter itu juga telah bertindak untuk menegur guru tersebut tetapi kemudian telah disekat. Baginya, perbuatan guru itu tidak dapat diterima kerana sewajarnya guru memberikan sepenuh perhatian kepada murid-murid ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Cikgu mengajar live. Boleh tak boleh? Mak ayah setuju cikgu cikgu mengajar live? Bila komen terus kena block.Sekolah mana ni? PPD tolong ambil tindakan dekat cikgu cikgu yang buat tiktok fb live semua ni. This is unacceptable. Your focus should be 100% in class! pic.twitter.com/isJ6lcdBOu
— Tai Tai (@n_ahwal) April 13, 2022
Keluhan tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak menyokong tindakan guru itu mengajar secara ‘live’ sedangkan kelas fizikal sedang berjalan.
Hal tersebut dilihat guru itu tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada pelajar yang berada dalam kelas kerana terganggu dengan mahu mengajar secara ‘live’.
Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan PERIBADI semasa waktu PEJABAT samada menerusi peralatan komputer / alat mudah alih dibekalkan oleh pejabat / melalui peralatan peribadi.
Ruangan komen, bukan murid yg tonton. Pekerja oil & gas pun ada.
KPM akan siasat. https://t.co/1O4UvfYMC3 pic.twitter.com/PM5po016g2
— Radzi Jidin Comms (@DRJComms) April 13, 2022
Isu ini juga mendapat perhatian Radzi Jidin, jurucakap Kementerian Pelajaran dan mengatakan bahawa pegawai awam adalah dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran akan menyiasat isu ini untuk tindakan selanjutnya.