Ayah tiri rogol lebih 50 kali di rumah dalam tempoh lima tahun. Itulah apa yang dilalui oleh seorang gadis apabila meminta bantuan abang kandungnya untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Menurut Ketua Polis Kapuas Hulu France Yohanes Siregar, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang dikenali sebagai JN di Kampung Tanjung Kapuas Hulu Kalimantan Barat.
“JN kini dalam tahanan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada pihak media.
Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis, beliau memaklumkan pelaku telah merogol anak tirinya sejak dari tahun 2017 ketika mangsa beusia 14 tahun sehingga ke hari ini.

Kebanyakkan kejadian rogol itu dilakukan oleh pelaku di rumah mereka.
“Kerana tidak tahan dirogol oleh ayah tirinya, mangsa telah mengadu kepada abang kandungnya yang kemudian membawa gadis itu ke balai polis untuk membuat laporan.
“Pelaku kini akan disiasat di bawah Fasal 81 Ayat 3 Undang-Undang Perlindungan Anak yang membolehkan pelaku dipenjara sehingga 15 tahun dan denda sebanyak Rp5 juta,” tambahnya lagi kepada media.
HOOPLA MENARIK : Ayah Dan Anak Dituduh Bunuh Kanak-Kanak 5 Tahun