Baddrol pecah rahsia kenapa tinggalkan Kedah DA FC sertai Sabah FC setelah hampir 16 tahun bersama pasukan Sang Kenari itu.
Pemain tengah berusia 34 tahun itu menafikan bahawa faktor tawaran gaji yang lebih lumayan oleh pasukan The Rhinos menjadi punca kenapa beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke pasukan Sabah bagi musim Liga Malaysia 2022.
Beliau turut menafikan dakwaan tidak dibayar gaji semasa bermain bersama pasukan Kedah menjadi salah satu penyebab baginya untuk berhijrah.
“Bukan wang ringgit yang menjadi ukuran, bukan masalah tunggakan gaji yang membuatkan saya berpindah pasukan tetapi biarlah saya sahaja tahu apa terpendam dan terbuku di hati saya yang orang lain tidak akan faham,” tulis Baddrol di Instagram bagi menjelaskan kepada penyokong Sang Kenari berkaitan isu perpindahannya ke pasukan baru Sabah FC.

Malah Badrul juga sangat bersyukur kerana telah diberikan kepercayaan oleh pasukan Kedah untuk menabur bakti selama 16 tahun dan banyak kenangan manis beliau bersama pasukan dari utara tanah air itu.
“Saya akui di awal musim saya menerima kritikan yang amat hebat sehingga segelitir penyokong mahukan saya untuk keluar dari Kedah.
“Saya terima kritikan dengan sangat positif dan memberi yang terbaik di setiap perlawanan untuk pasukan kerana hasrat di hati saya dan pasukan hanya ingin melihat pasukan Kedah sentiasa berjaya di puncak,” kata pemain berusia 34 tahun itu.

Badrul juga berharap agar muka-muka baharu akan meneruskan legasi kejayaan Kedah DA FC untuk menjadi di antara pasukan yang disegani dalam bola sepak Malaysia.
“Jatuh bangun saya bersama Kedah, Kedah tetap di hati saya. Doakan yang terbaik untuk kita semua.
“Terima kasih penyokong, pengurusan dan rakan seperjuangan pasukan Kedah, tanpa anda tiada lah saya,” katanya.
Misteri kenapa Badrul memutuskan untuk meninggalkan pasukan Kedah akhirnya didedahkan sendiri oleh beliau dalam satu wawancara apabila beliau mendedahkan kenapa memilih Sabah FC sebagai pasukan baharu untuk musim saingan Liga Malaysia 2022.
“Tahun ini saya berada di negeri di bawah bayu, satu negeri yang kelainan yang begitu baik.
“Tak rasa pun janggal dan bagi saya bertuah dengan Sabah pada tahun ini.
“Itu faktor utama saya datang ke Sabah pada tahun ini, sebab beliau ke sana (Sabah FC) dan saya ingin bermain di bawah beliau,” katanya apabila diminta mengulas sama ada Kim Swee menjadi punca dia memilih Sabah.
Jadi terjawab sudah rahsia perpindahan beliau ke pasukan Sabah FC, adalah kerana Badrul ingin bermain dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.