Polis soal siasat Chef Ammar selepas wanita mengandung menangis ketika ingin beli nasi Arab masakan beliau. Walaupun telah memasuki separuh bulan Ramadan, orang ramai masih menyerbu gerai nasi Arab Chef Ammar sehingga sanggup beratur panjang bagi menikmati keenakan nasi Arab masakan beliau.
Terbaru, tular sebuah video beberapa anggota polis datang ke gerai Chef Ammar di bazar Ramadan dan soal siasat dijalankan terhadap chef itu selepas mendapat aduan dari pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap layanan chef itu.
@mohdarizan Terbaik Cheff, kasi ajar sikit..
♬ original sound – Mohd Arizan
Di dalam video tersebut, Chef Ammar kelihatan meninggikan suara dan marah ketika sedang disoal oleh beberapa pegawai polis yang hadir ke gerai beliau. Difahamkan pihak polis telah menerima aduan dari pelanggan yang tidak puas hati diatas layanan chef itu kerana didakwa telah memberikan keutamaan kepada wanita mengandung untuk membeli makanannya.
Chef Ammar menjelaskan wanita mengandung perlu diberi keutamaan kerana keadaan fizikal mereka yang tidak mengizinkan mereka untuk berdiri dalam jangka masa yang panjang.
Dalam video yang tular itu, dapat dilihat wanita mengandung tersebut menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh suaminya di belakang gerai Chef Ammar.
Video tersebut mula mendapat perhatian netizen dan orang ramai dan rata-rata mereka mengecam tindakan pengadu yang dikatakan tidak berperikemanusiaan.
Netizen memuji sikap yang diambil oleh Chef Ammar dan pekerja beliau yang memberikan keutamaan kepada wanita mengandung.


Netizen juga mengingatkan bahawa bulan Ramadan ini sepatutnya semua umat Islam bersabar kerana itulah ujian yang Allah berikan bagi menguji hamba-hambanya. Nilai murni dan saling tolong menolong sepatutnya disuburkan dalam bulan yang mulia ini. Video tersebut telah mendapat lebih dari 3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.