Cara tukar kad bank tamat tempoh secara online sangat mudah dan boleh dibuat sendiri sebenarnya. Ramai yang mengeluh susah untuk menukar kad bank yang telah tamat tempoh atau rosak kerana perlu membuat temu janji dengan pihak bank terlebih dahulu.
Sebenarnya kad bank yang telah tamat tempoh atau rosak boleh ditukar secara online dan prosesnya sangat mudah dengan teknologi terkini.
Cara membuat penukaran kad bank Maybank secara atas talian dan tiada sebarang caj yang akan dikenakan.

- Login akaun Maybank2u anda di pautan http://www.maybank2u.com.my
- Masukkan ‘Password’
- Pergi ke ‘Setting’
- Pilih pautan ‘Card’ di bahagian atas
- Pilih pautan ‘Menage Debit Cards’
- Pilih pautan ‘Debit Card – Replace, Active & Block’
- Tekan ‘…’ (titik 3) di sebelah kanan ‘Status’
- Pilih ‘Replace Card’
- Lengkapkan maklumat yang diminta oleh pihak bank untuk tujuan penghantaran kad.
- Klik ‘T&C’ sekiranya setuju dan tekan ‘Replace Card’
- Tekan ‘Request SMS TAC’
- Isi TAC yang diterima dalam telefon anda
- Masukkan nombor TAC dan klik ‘Confirm’
Anda akan menerima pesanan SMS dari Maybank menyatakan kad akan dihantar kepada anda dalam tempoh sembilan (9) hari bekerja.
