Kerajaan Malaysia menawarkan Skim Pembiayaan Perumahan bagi membantu rakyat di negara ini untuk memiliki kediaman sendiri. Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan kediaman yang anda impikan, mungkin ini cara yang dapat membantu anda. Cara mohon pembiayaan perumahan bagi anak muda Malaysia.
Skim Pembiayaan Perumahan diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Home Ownership Programme (HOPE) dengan menawarkan Pembiayyaan Perumahan Malaysia (i-Biaya).
Inisiatif kerajaan mempromosikan i-Biaya di bawah HOPE adalah bagi meningkatkan jumlah pemilikan rumah di kalangan rakyat di negara ini lebih-lebih lagi kepada anak muda Malaysia.
Tawaran terbaru dari kerajaan ini dijangka dapat meningkatkan jumlah pemilikan rumah terutama bagi golongan B40, M40 serta pekerja dalam sektor tidak formal.
Sebelum ini kerajaan telah menyasarkan 500,000 rumah mampu milik menjelang tahun 2025.
Tiga peranan utama i-Biaya
- i-Biaya menyediakan pembiayaan kepada individu yang berhadapan dengan masalah untuk memperoleh pembiayaan perumahan.
- i-Biaya menyediakan jaminan kepada pembeli rumah pertama.
- i-Biaya menyediakan perkhidmatan kaunseling dan konsultasi dalam pengurusan kredit.
Tiga skim pembiayaan yang ditawarkan
i) Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
SJKP merupakan skim yang membantu pembeli rumah pertama daripada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mendapatkan pembiayaan perumahan.
ii) Skim Rumah Pertamaku (SRP)
SRP merupakan skim bagi membantu pembeli rumah pertama bagi mereka yang digolongkan dalam kelompok M40 dan B40 untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.
iii) Skim Rent-To-Own (RTO)
RTO merupakan skim pemilikan perumahan berkonsepkan sewa beli dan skim ini terbuka kepada semua unit rumah PR1MA yang sedia ada.
Cara untuk memohon i-Biaya
Ikuti langkah demi langkah berikut untuk membuat permohonan i-Biaya.
Skim SJKP

- Bakal pemohon perlu mengenalpasti kediaman yang mereka kehendaki.
- Buat permohonan dan serahkan dokumen yang diminta kepada institusi kewangan yang telah ditetapkan.
- Pihak bank akan membuat penilaian dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan ke SJKP bagi tujuan jaminan perlindungan.
- SJKP adan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan permohonan (jika memenuhi kreteria yang ditetapkan).
- Institusi kewangan akan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah memperoleh jaminan SJKP.
- Peminjam boleh memiliki rumah idaman mereka selepas institusi kewangan mengeluarkan pembiayaan untuk proses pemilikan rumah.
Skim SRP

- Pemohon mencari unit rumah idaman dan dapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan dan lain-lain.
- Semak kelayakan pembiayaan rumah di bawah SRP menerusi pautan https://srp.com.my/bm/eligibility-criteria
- Siapkan dokumen sokongan seperti slip haji dan penyata kewangan terkini.
- Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP ke cawangan bank yang terlibat.
Skim RTO

- Daftar akaun di https://www.pr1ma.my/
- Pemilihan unit OTP sedia akan akan dipaparkan.
- Buat permohonan skim RTO bersama bank Maybank.
- Wakil bank akan menghubungi pemohon dan proses permohonan akan dilakukan selepas itu.
- Maybank akan mengeluarkan keputusan permohonan skim RTO kepada pemohon.
- Perjanjian bersama pihak bank akan disediakan untuk proses penandatangan.
- Pemohon akan mendatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) antara pemohon dan PR1MA dan perjanjian Skim RTO antara pemohon dan Maybank.
- Pemohon terima kunci daripada PR1MA.