Masih ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa sebenarnya kita semua boleh melakukan pertukaran wang di kaunter ATM sahaja. Jadi mulai dari hari ini, jika ada di antara anda yang mahu mendapatkan duit kecil, tukar duit raya di ATM sahaja, tidak perlu beratur panjang di kaunter.
Kadang kala kita disibukkan dengan urusan seharian sampai tidak sempat ke bank untuk buat tukaran duit di musim perayaan. Sebelum ini setiap kali tiba musim perayaan, pasti kaunter bank sesak dengan pelanggan yang ingin membuat pertukaran wang.
Kini kita tidak perlu lagi risau kerana sebenarnya kita boleh sahaja lakukan proses penukaran duit raya di mesin ATM yang berhampiran.
Cara-cara membuat penukaran duit raya bernilai RM10, RM20 dan RM50 di mesin ATM Maybank.

- Pergi ke ATM Maybank cawangan tertentu sahaja (rujuk senarai di bawah)
- Pilih ATM yang mempunyai lambang atau signage tiga orang yang memakai baju melayu sambil memegang duit raya (seperti gambar)
- ATM yang mempunyai signage ini telah disediakan duit kertas nota RM10 dan duit raya yang baru. Anda hanya perlu tekan butang ‘withdraw’ dan pilih tetapan amaun yang ingin dikeluarkan.
- Maksimum amaun yang boleh dikeluarkan bagi sekali transaksi adalah RM300. Sekiranya anda ingin lebih, lakukan transaksi kali kedua.
- Siap, mudah saja kan?

SENARAI ATM RAYA MAYBANK
Berikut adalah senarai mesin ATM yang menawarkan perkhidmatan Raya ATM bagi tahun 2021. Bagi tahun 2022 pihak Maybank akan membuat kemaskini dari masa ke semasa.

