Nama pasukan dari selatan tanah air Johor Darul Takzim (JDT) FC makin digeruni dan tanpa menunggu masa yang lama JDT sahkan bahawa mereka pasukan terbaik Asia Tenggara dengan terbaru membaham pasukan berstatus elit dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
JDT terus melebarkan sayap kemenangan mereka apabila cemerlang dalam saingan ACL musim 2022 apabila sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terbaik di Asia Tenggara apabila mudah menjinakkan pasukan dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri semalam.
Gandingan penyerang JDT membuktikan ketajaman mereka apabila Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri terus menjadi igauan pasukan lawan bukan sahaja dalam saingan Liga Malaysia malah di peringkat antarabangsa.
2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE
ULSAN HYUNDAI FC vs JOHOR DARUL TA’ZIM
More photos at https://t.co/OBPW32eebk#UHDvJDT#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/WmgfV6VsJN
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 18, 2022
JDT mengejutkan Ulsan Hyundai apabila penyerang mereka Fernando Forestieri berjaya membuka jaringan awal pada minit ke-3 menerusi percubaan deras jarak jauh yang hanya mampu dipandang oleh penjaga gawang pasukan dari Korea Selatan itu. Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri terus bergema dengan sorakan dari penyokong tuan rumah.
Kedua-dua pasukan dilihat seimbang di awal minit ke-10 dengan masing-masing membuat beberapa gerakan berbahaya namun dapat dipatahkan oleh pertahanan masing-masing supaya tidak dibolosi.
Intensiti permainan berlangsung agak perlahan selepas 20 minit permainan dengan pasukan JDT dan Ulsan Hyundai lebih cermat dalam setiap hantaran yang dibuat. Barisan pemain Ulsan Hyundai dilihat buntu untuk memecah masuk benteng pertahanan JDT dan hanya berlegar di kawasan mereka.
Nazmi Faiz Mansor hampir menambah kelukaan Ulsan Hyundai apabila pada minit ke-25 percubaan deras dari pemain itu dari luar kotak penalti berjaya ditepis oleh penjaga gol Ulsan Hyundai, Jo Hyeonwoo.
Tamat separuh masa pertama, JDT berjaya mengekalkan perbezaan 1 gol mendahului Ulsan Hyundai. Asakan dari pemain Ulsan Hyundai berjaya dikekang oleh pemain JDT di sepanjang separuh masa pertama.
2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE
Half Time
ULSAN HYUNDAI FC [0-1] JDT
(Fernando Forestieri 3′)
More photos at https://t.co/pljs4EIQEW#UHDvJDT#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/f9HS2sFhT3
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 18, 2022
Bersambung separuh masa kedua, Ulsan Hyundai menggandakan asakan dan akhirnya usaha keras mereka berbaloi apabila pada minit ke-52 hantaran lintang yang cantik dapat disudahkan oleh pemain gantian mereka Um Won-Sang untuk menewaskan Haziq Nadzli.
JDT dilihat banyak bertahan pada separuh masa kedua sebaliknya Ulsan Hyundai yang lebih mendominasi permainan menerusi siri serangan berbahaya ke kubu JDT.
Haziq Nadzli terpaksa diusung keluar pada minit ke-74 apabila bertembung dengan peyerang Ulsan Hyundai, Mark Koszta. Haziq terpaksa diusung keluar dan digantikan dengan Izham Tarmizi.
JDT kembali menggamatkan Stadium Sultan Ibrahim apabila penyerang berbisa mereka, Bergson Da Silva berjaya meledakkan gol kedua JDT pada minit ke-79 setelah menerima hantaran cantik dari pemain gantian, Safawi Rasid.
79’ BERGSOOOOONNNNNN!!! We lead 2-1! #ACL2022#UHDvJDT #AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 18, 2022
Keputusan itu kekal sehingga wisel ditiup pengadil dan JDT sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang terbaik di Asia Tenggara dengan menjadikan Ulsan Hyundai sebagai mangsa terbaru mereka dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva.