Nama Isa Isarb sekali lagi menjadi sebutan di media sosial apabila hadir dengan cabaran yang menawarkan hadiah bernilai RM10,000. Tetapi cabaran tersebut tergendala apabila seorang wanita hamil jatuh dan dipijak orang ramai yang berasak-asak ketika mahu memulakan cabaran tersebut. Berang dengan kejadian tersebut ramai netizen yang mengecam tindakan suami wanita terbabit sebagai “tak ada otak”
Cabaran yang sepatutnya dianjurkan selama 13 hari itu tergendala semalam apabila kejadian pijak memijak yang melibatkan seorang wanita hamil.
— brgsjks (@brgsjks) April 19, 2022
@mrjumboofficial Siapa tuan badan punya selipar? #fyp #esekeli #masukberanda #isaisarb ♬ original sound – mrjumboofficial – 𝕭𝖔̈⚡
Menerusi perkongsian di media sosial seperti Twitter dan TikTok, beberapa orang netizen yang berada di tempat kejadian, cabaran tersebut terpaksa dibatalkan apabila seorang wanita hamil terjatuh akibat terlanggar besi pintu ketika dilihat bersesak-sesak untuk menyertai cabaran tersebut.
Kelihatan juga suami wanita terbabit dilihat bertempik mengamuk apabila menyedari isterinya terjatuh dan dipijak orang orang lain yang berasak-asak ketika itu. Ketegangan itu reda apabila Isa Isarb dilihat menawarkan pertolongan untuk membawa wanita tersebut ke hospital berhampiran dan meminta maaf kepada pasangan tersebut.

Kejadian tersebut telah mencetuskan perdebatan di media sosial dengan rata-rata netizen mengecam tindakan suami wanita terbabit yang membawa beliau menyertai cabaran itu walaupun sudah mengetahui bahawa isterinya sedang mengandung.
couple tu dah satu hal, but having a huge crowd rush through a small hole is never a good idea and the organiser should’ve taken precautions even if dia tak expect ramai gila orang datang https://t.co/yszrQeumdq
— damia (@damiasz) April 20, 2022
dia punya lah marah , padahal salah die , first yang die pegang tgn org lain bukan bini dia . second why kene bawak wife kat tempat ramai ramai orang macam ni . third , dah tahu wife pregnant , kenapalah tak duduk rumah je . ergh geram je tengok perangai dia! https://t.co/l207k3kTSy
— 🦋 (@Mshthmdzm) April 20, 2022
Kawasan sesak, termasuk padang awam, sangat berisiko untuk ibu mengandung & tidak galakkan hadir/dibawa bersama. Sendiri bawa, sendiri cari pasal, sendiri salahkan orang lain.
“Keselamatan adalah tanggungjawab masing-masing”. Biasa baca/dengar tapi jarang faham. https://t.co/XRifc9cSEy
— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) April 19, 2022
Netizen juga mempersoalkan tanggungjawab suami wanita tersebut yang sepatutnya menjaga keselamatan isterinya dan anak dalam kandungan. Sepatutnya pasangan tersebut boleh menjangkakan bahawa keadaan pasti akan sesak dan berbahaya untuk wanita yang sedang mengandung. Walaupun ditawarkan dengan ganjaran hadiah yang lumayan, tetapi nyawa perlu diutamakan.
Pihak Isa Isarb juga sepatutnya telah bersiap sedia dengan menitik beratkan faktor keselamatan sekiranya ingin membuat cabaran yang melibatkan orang ramai. Difahamkan YouTuber tersebut telah menyewa ruang di Gardens Arenas dan cabaran itu dikendalikan sendiri oleh pihak Isa Isarb.