Penghujung tahun lalu, dunia hiburan negara dikecohkan dengan kenyataan dari usahawan kosmetik Dato Seri Vida (DSV) yang menawarkan gaji RM10,000 kepada pembantu peribadi (PA) baharu bagi menggantikan Iqbal yang tidak lagi bersama beliau. Namun PA baharu kantoikan DSV kata janji gaji RM10,000 tapi sebaliknya yang berlaku.
DSV sebelum ini menawarkan jawatan PA kepada lelaki bujang yang berusia 30 tahun kebawah dengan gaji RM10,000. Beliau berjaya mendapatkan seorang pemuda berusia 26 tahun bernama Syed Qushairi Syed Mahmud Iskandar.
Belum pun setahun bekerja dengan DSV, timbul cakap-cakap belakang apabila DSV tidak lagi dilihat bersama PA baharunya itu. Status terkini PA baharu yang turut berada dalam music video nyanyian DSV iaitu Ku Ikhlaskan itu mula mendapat perhatian umum.
@fanss.iqbaldsv PART1⃣ dengar smp habisss❗❗❗❗kes ni mcm iqbal dulu je #fypシ #fyppp #virallll #tiktokvirall #dsv #abgqu ♬ 原声 – sakit💔
Segalanya terbongkar apabila Syed Qushairi sendiri telah membongkarkan apa yang terjadi kepada dirinya dalam Instagram Live di mana beliau mengakui kini tidak lagi ‘berkolaborasi’ bersama DSV.
Menurut Syed Qushairi beliau sebenarnya tidak pernah menerima sebarang tawaran atau sebarang perjanjian berkaitan tawaran kerjanya. Dato seri Vida di peringkat awal hanya menawarkan peluang kepadanya untuk ‘berkolaborasi’ sahaja dan bukanlah PA seperti yang diiklankan.

Syed Qushairi juga mendedahkan bahawa, beliau hanya diminta untuk menjadi ‘PA Acting’ di hadapan khalayak ramai ketika bersama dengan usahawan itu. Lambakan tugasan yang diberikan DSV disamping mahu memberikan fokus kepada perniagaan sendiri menyebabkan Syed mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama DSV.
Beliau juga sempat memberikan nasihat kepada orang ramai yang mudah terpengaruh dengan tawaran yang ‘terlalu bagus’ untuk sentiasa berhati-hati dan jangan mudah termakan dengan janji yang ditawarkan sehinggalah diberikan perjanjian bertulis.
@fanss.iqbaldsv PART ✌ selama ni pa acting je ?#abgqu #dsv #tiktokvirall #virallll #fyppp #fypシ ♬ 原声 – sakit💔
Pendedahan mengejutkan itu turut mendapat perhatian Dato Seri Vida yang menganggap Syed Qushairi mahu mengambil kesempatan terhadap diri beliau. Beliau juga berpendapat segala yang menimpa dirinya ketika ini adalah ujian agar dirinya lebih berhati-hati ketika mengenali orang yang mahu mendekatinya.