Peguam kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun iaitu Nurul Hafidzah kini menjadi bualan netizen apabila beliau sering membuat komen balas terhadap serangan dari netizen terhadap dirinya. Terbaru, pelakon dan pengacara terkenal negara Awal Ashaari ‘sekolahkan’ peguam Siti Bainun itu di media sosial yang turut mendapat perhatian ramai.
Awal Ashaari turut berkongsi status terkini mengenai peguam kontroversi itu selepas kecaman demi kecaman diterima peguam tersebut berkait dengan kes penderaan terhadap kanak-kanak OKU Bella yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah.
Menerusi satu hantaran di Instagram milik pengacara terkenal itu, Awal menasihatkan Nurul Hafidzah supaya tidak mengambil tindakan fitnah ke atas hantarannya di Instagram kerana peguam kepada OKT itu menjadi ‘glamour’ atas tindakan beliau sendiri.
“Selalu awak name drop saya dalam social posting awak, sebab awak nak tumpang glamour saya. Tapi sekarang awak dah terkenal, izinkan saya pulak tumpang glamour awak.
Cuma lepas ni jangan la awak guna posting ni untuk awak charge saya fitnah awak pulak sebab awak glamour sebab tindakan awak sendiri. Saya cuma nak menumpang glamour awak je. Saya repost apa yang awak pernah post pasal saya.”- Awal Ashaari

Awal juga berharap peguam Siti Bainun itu tidak melakukan kes saman beliau sebanyak 3 juta tidak dibuat secara probono.
“Cuma saya harap kes saman saya 3 JUTA tu awak tak buat PRO BONO jugak lah. Sekurang-kurangnya kena lah buat jugak nak sara hidup kan. Menari kat TikTok dak dapat duit..”- Awal Ashaari
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan dari pengacara itu dan ada yang berseloroh peguam Siti Bainun itu akan terus ‘koyak’ jika berterusan dikecam.
“Memalukan legal fraternity je dia ni.”
“Kau dah terkenal dik..Kau kena hadapi dengan kuat. Nah mini love untuk kau dik.”-Nabila Huda
“Alaa baru nak jadi netizen. Tengok-tengok ig dia dah jadi private acc.”
“Hahaha confirm koyak lagi.”
“Sekali dia pakat tolong orang yang aniaya insan istimewa. Habes semua kebusukannya terbongkar. Allah maha adil. Janganlah sesekali kita bersifat tidak berperikemanusiaan..”

Sebelum ini pelakon dan pengacara itu pernah berhadapan dengan tindakan saman dari sebuah syarikat berjumlah RM300,000 kerana dikatakan telah melanggar kontrak.