Syarikat Monsta yang terkenal dengan animasi BoboiBoy semalam telah melancarkan iklan raya terbaru mereka dan video animasi itu sedang menduduki carta ke-2 trending di YouTube ketika ini. Iklan raya BoboiBoy itu kini buat ramai menitiskan air mata.
Iklan raya dari BoboiBoy, Kembali Aidilfitri tahun ini memaparkan Tok Aba membawa BoboiBoy dan rakan-rakan pulang ke kampung halaman yang terletak di Kota Hilir. Dalam animasi tersebut, Kota Hilir telah ditukar menjadi kota yang dipenuhi dengan robot-robot. Suasana sedih dan hiba digambarkan apabila kenangan Tok Aba bersama arwah isteri nak anak lelaki mereka, Amato.
Iklan raya terbaru dari BoboiBoy itu turut mendapat perhatian dari negara jiran Indonesia. BoboiBoy juga mempunyai peminat di negara jiran itu dan mendapat rating yang baik di sana.
Rata-rata netizen memuji iklan raya BoboiBoy yang memaparkan elemen kekeluargaan dengan mengimbau kenangan lalu Tok Aba. Netizen juga memuji fesyen terbaru BoboiBoy dan rakan kerana dikatakan mengikut peredaran masa dan ‘in-trend’.
HELLO SIAPA NAK BERTANGGUNGJAWAB SAYA NANGIS DEKAT PUBLIC NI 😭 #KembaliAidilfitri https://t.co/XvSWO9tUVZ pic.twitter.com/4IpwFLZWbJ
— 건우의 누나: AZIE or AJI (@Yamazieaki_09k) April 22, 2022
monsta does really know how to break my heart. #KembaliAidilfitri pic.twitter.com/99nGfHMjgV
— nao 🐊 (@naowo__) April 22, 2022

Senibina bandar Melaka yang ditampilkan dalam video animasi raya BoboiBoy itu juga turut mendapat pujian dari netizen kerana masih mengekalkan senibina rumah orang Melayu lama walaupun terdapat pelbagai robot bagi membantu memudahkan kehidupan seharian.