Perlawanan yang cukup menarik malam nanti pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak Kedah apabila pasukan kesayangan mereka itu akan bertemu dengan Sabah FC di Stadium Likas malam ini. Kedah perlu rantai bekas “Captain Marvel” mereka jika berhasrat untuk menumpaskan pasukan The Rhinos itu.
Walaupun kini Kedah Darul Aman FC selesa di tangga kedua liga, pertemuan pada malam ini tidak boleh dipandang mudah kerana barisan anak didik Datuk Ong Kim Swee itu dibarisi oleh ramai bekas pemain kebangsaan yang berpengalaman termasuk terpaksa berhadapan dengan bekas “Captain Marvel” mereka Baddrol Bakhtiar selain Rizal Ghazali yang boleh memeningkan kepada barisan pertahanan lawan.
Kehangatan makin dirasai. Buruan 3 mata diteruskan!
LS6 | SABAH FC vs KDA FC
24 April 2022, Ahad 9.15 malam
Stadium Likas
🔴 LIVE Youtube UNIFI, UNIFItv
Dapatkan tiket di https://t.co/wTcsHWnxK9. Penyokong hijaukuning dikhaskan di Zon PT. pic.twitter.com/eUHDI23gia
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 23, 2022
Setakat lima perlawanan, Kedah merekodkan satu kekalahan dan kini berkongsi mata bersama dengan Johor Darul Ta’zim untuk berada di kedudukan kedua liga dengan JDT kekurangan dua perlawanan termasuk minggu ini kerana masih dalam saingan ACL 2022.
Menurut ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin beliau tetap berhati-hati dengan cabaran dari The Rhinos pada malam ini kerana Sabah pastinya mahu bangkit mencipta kemenangan setelah tewas dalam perlawanan sebelum ini ketika menentang Kuala Lumpur City.

“Misi kali ini tetap sukar kerana Sabah sudah pasti mahu bangkit dari kekecewaan selepas tewas kepada KL City pada perlawanan lalu. Selain itu Sabah juga memilki ramai pemain berpengalaman termasuk ketua pasukannya, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali yang pastinya kami tidak akan diberi laluan mudah sepanjang perlawanan.
“Ini sudah pasti memberi cabaran yang cukup sengit buat kami di tempat lawan selepas beraksi menentang Penang FC minggu lalu dimana kami juga tidak diberi laluan mudah sepanjang tempoh perlawanan,” katanya kepada pemberita.
Sorotan foto sesi latihan di Padang Sintetik Likas malam tadi.
LS6 | SABAH FC vs KDA FC
24 April 2022, Ahad 9.15 malam
Stadium Likas
🔴 LIVE Youtube UNIFI, UNIFItv
Dapatkan tiket di https://t.co/wTcsHWnxK9. Penyokong hijaukuning dikhaskan di Zon PT. pic.twitter.com/n7UnMIvq0D
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 22, 2022
Aidil turut mengingatkan para pemain untuk sentiasa fokus serta mengikut segala perancangan bagi mengekang kemaraan pihak lawan. Terdapat beberapa pemain yang perlu diberikan perhatian dan sudah semestinga Kedah terpaksa merantai pergerakan Baddrol Bakhtiar kerana pemain itu mampu melakukan magis ketika perlawanan genting.
“Pengalaman berdepan Sabah FC ketika aksi persahabatan di Stadium Likas pada kejohanan Piala Sabah Maju Jaya (PSMJ) Februari lalu menjadi sedikit panduan buat pemain. Diharapkan pengalaman ini dapat membantu mereka meningkatkan lagi tahap keyakinan diri ketika beraksi,” katanya.
Pasukan Kenari pada saingan tahun ini diperkuatkan dengan beberapa pemain baru yang dilihat cepat untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan corak permainan Kedah antaranya Al-Hafiz Harun, Amer Azahar, Azmeer Aris serta pemain import mereka yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi Dechi Marcel di bahagian tengah.