YB Khairy Jamaluddin (KJ) sebentar tadi telah membuat pengumuman beberapa SOP baharu selepas negara kini telah memasuki fasa endemik pada 1 April lalu. Antara berita gembira yang dikongsikan oleh Menteri Kesihatan itu adalah, pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib apabila berapa di kawasan terbuka bermula 1 Mei 2022.
Rakyat di negara ini masih lagi perlu memakai pelitup muka apabila berada di dalam bangunan yang tertutup, menaiki pengangkutan awam serta kenderaan e-hailing.
Pelitup muka dibenarkan dibuka apabila melakukan aktiviti bersenam dan beriadah di gimnasium atau tempat terbuka. Pemakaian pelitup muka juga ditarik balik bagi mereka yang sedang berucap atau melakukan sebarang persembahan.

Protokol pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan apabila berada di luar bangunan atau selepas selepas mengambil kira risiko penularan yang minimum dalam keadaan di mana ventilasinya adalah baik.
Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022 pic.twitter.com/Nj5w54vkwr
— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) April 27, 2022
“Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazaar Ramadan, pasar malam, stadium,” katanya.
Bagi individu yang kurang sihat dengan gejala seperti demam, batuk dan selsema, mereka adalah digalakkan untuk memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.
KJ juga menyatakan bahawa bermula 1 Mei 2022 ini, imbasan QR MySejahtera juga tidak lagi diwajibkan ketika memasuki premis atau tempat-tempat awam.