Johor Darul Ta’zim, JDT benam Guangzhou FC dalam pertemuan malam tadi dengan Bergson menjadi penyelamat dengan dua gol hasil sepakan penalti bagi membantu pasukan Harimau Selatan itu mencatat kemenangan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dalam saingan ACL 2022.
Penyerang berbisa JDT, Bergson Da Silva membuktikan ketajaman beliau apabila berjaya menyempurnakan dua sepakan penalti di awal dan di akhir permainan. Ledakan dua gol dari pemain yang berasal dari Brazil itu memastikan JDT mengutip tiga mata untuk mengungguli Kumpulan I dalam saingan ACL 2022.
FT | 🇨🇳 Guangzhou FC 0-2 Johor Darul Ta'zim 🇲🇾
🐯 The Southern Tigers get the job done as ⚽⚽ two perfect penalties from Bergson are enough to move them 🔝 of Group I
#ACL2022 | #GUAvJDT pic.twitter.com/7PMGszoXZW
— #ACL2022 (@TheAFCCL) April 27, 2022
Menanti pasukan Harimau Selatan itu adalah gergasi dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai bagi menutup perlawanan Kumpulan I. JDT kini dalam slot memburu ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam saingan ACL pada tahun ini.
2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE GROUP I STANDINGS
*subject to change pic.twitter.com/8H46qN8lVw
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 27, 2022
JDT semalam memulakan serangan seawal wisel ditiupkan dengan serangan bertali arus pasukan tuan rumah itu untuk mencari gol awal. Permainan pantas yang disajikan oleh JDT semalam menyebabkan pasukan Guangzhou FC terpaksa berkampung di bahagian pertahanan sehingga kekasaran dilakukan oleh pemain pertahanan ke atas Bergson pada minit ke-16.
Pengadil menghadiahkan sepakan penalti dan disempurnakan dengan kemas oleh Bergson. Penyerang berbisa JDT itu hampir menjaringkan gol kedua selepas itu apabila tandukan cantik pemain itu sekadar singgah di palang gol.

Hantaran tepat dan serangan pantas JDT beberapa kali menghadirkan kerisauan kepada pertahanan Guangzhou FC. Namun ketumpulan jentera serangan semalam dilihat gagal menghadirkan gol tambahan pada separuh masa pertama.
Bahagian serangan JDT semalam dilihat kerap melepaskan peluang keemasan untuk menambah jaringan gol ditambah pula penjaga gol Guangzhou FC beraksi dengan cukup cemerlang menafikan setiap percubaan dari JDT.
Ketika ramai yang menjangka perlawanan semalam akan berakhir dengan keputusan 1-0, Bergson sekali lagi membuktikan bahawa pemain itu wajar diberikan perhatian apabila berjaya menyudahkan sepakan penalti kedua setelah pemain gantian JDT, Ramadhan Saifullah dikasari minit-minit akhir permainan.
90’+ Bergson gets another from the spot to seal 3 points.#GUAvJDT#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 27, 2022
Keputusan kekal 2-0 sehingga tamat permainan. JDT berjaya meraih kemenangan ketiga mereka dalam saingan Kumpulan I dan kini berada di tangga teratas kumpulan itu.