Siapa yang tidak mengenali YouTuber Isa Isarb. Beliau sering hadir dengan pelbagai cabaran yang kadang kala mengundang rasa tidak selesa dari kalangan netizen di negara ini. Kali ini netizen bengang YouTuber ambil syarikat judi untuk jadi penaja video cabaran terbarunya.
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang perempuan mengandung terjatuh ketika ingin menyertai cabaran yang dilakukan oleh YouTuber itu.
Kontroversi terbaru adalah Isa Isarb telah memuat naik sebuah video cabaran yang bernilai RM10,000. Apa yang menyebabkan kekecohan adalah, syarikat yang menaja video tersebut mula dipersoal oleh netizen.
Teruk sangat dah mamat Isa Isarb ni,
Sampai terima company judi untuk sponsor video mereka.
Ini bukan iklan youtube, tapi memang dia sebut video di sponsor oleh M88.
Dia selidik tak M88 ni buat apa? Ke main terima sesiapa untuk sponsor?
Bawah ni dalil: pic.twitter.com/1bUfcrl1aj
— uzair yusof (@uzairyusof) April 26, 2022
Isa Isarb mengatakan video itu telah ditaja oleh syarikat M88 dan ada netizen yang mendakwa syarikat M88 itu adalah sebuah syarikat judi. Ini menimbulkan kekecohan apabila ada yang mengatakan bahawa Isa Isarb secara tidak langsung mempromosikan syarikat perjudian tersebut.
Netizen mula mempertikaikan kewajaran Isa Isarb menerima tajaan syarikat perjudian itu, malah ada yang bimbang ia mula mempengaruhi anak muda untuk terlibat sama dalam aktiviti perjudian.
Mula mula terima sponsor dari octa fx, kali ini terima company judi? Nauzubillah minzalik https://t.co/nZN4ta5PnD
— hadi (@hadisahnon_) April 26, 2022
Dah boleh spread awareness kat 2.84mil subs dia yg beragama Islam tu utk berhenti menyokong influenza yg sebegini. Sepatutnya dah boikot bermula dengan octafx tu, tapi takpa la, masih belum terlambat. https://t.co/enZg22ozVc
— hidden (@soulbeast44) April 26, 2022
Ramai netizen menasihati YouTuber itu supa lebih peka dan menyelidiki terlebih dahulu setiap syarikat yang ingin berkolaborasi bersama beliau. Halal dan haram perlu diambil berat kerana sebagai influencer beliau bertanggungjawab ke atas setiap tindakan dan akibat dari perbuatannya.

