Dunia yang semakin moden kadang kala menyebabkan perasaan malu dalam diri makin terhakis. Sebelum ini kecoh lambakan iklan sama ada di media sosial dan papan tanda yang berunsur dewasa dan ‘double meaning’. Kini seorang pemilik kereta dipersoal oleh netizen adakah pemandu itu sudah hilang rasa malu dengan bertindak tampal sticker lucah di kereta.
Tindakan itu menyebabkan ramai ibu bapa yang risau jika ianya dibaca oleh anak-anak yang masih kecil.
Seorang pengguna Twitter @FahimJefri telah bertindak memuat naik gambar yang memaparkan sebuah kereta yang kelihatan penuh ditampal dengan sticker pada bahagian belakang kereta. Namun yang menyakitkan mata adalah, sticker yang ditampal memaparkan perkataan ‘double meaning’ serta lucah sehingga pengguna jalan raya yang lain malu melihatnya.
siapa punya kereta ni? embarrassing pic.twitter.com/Bs8urUpZKK
— tim (@FahimJefri) April 27, 2022
Pastinya setiap kenderaan yang berada di belakang kereta tersebut akan melihat dan membaca sticker-sticker yang ditampal. Perkongsian pengguna Twitter itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan pemilik kereta tersebut.
Netizen juga berang apabila tindakan tidak wajar oleh pemilik kereta tersebut selain ia merupakan gangguan seksual terhadap wanita. Sticker lucah tersebut tidak boleh dianggap sebagai gurauan sebaliknya ia secara terang-terangan memperlekehkan maruah kaum wanita.
if you think this is a joke/humours, yall better seek psychiatric. This is so disgusting af https://t.co/xEG6Nq6Guj
— 파이자 (@vangolepasta) April 27, 2022
our society will never leave janda/single mothers alone huh? ALWAYS FIND A DAMN WAY TO SEXUALIZE THEM… https://t.co/O8z6MIPGNP
— syamina tak balik raya (@Kimeundi11) April 27, 2022
Ramai yang mempertikaikan tindakan pemilik kereta tersebut yang sanggup menampal sticker lucah sebegitu dikeretanya. Paling menyedihkan ada juga segelintir netizen yang menganggap ia hanyalah gurauan dan ia bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan.
Namun, tindakan yang tidak bermoral ini sepatutnya tidak dianggap biasa kerana suatu hari nanti ia akan menjadi kebiasaan dan masyarakat tidak lagi ada rasa malu dan maruah wanita boleh dijadikan bahan ketawa dan senda gurau.