Tindakan seorang lelaki beronani sambil mengendap gadis di bulan puasa kini menjadi buruan polis. Perbuatan jijik lelaki tersebut dirakam menerusi CCTV rumah gadis tersebut di Seksyen 23 Shah Alam pada Sabtu lalu.
Akauntan wanita tersebut mengatakan CCTV yang dipasang di bahagian belakang rumahnya merekodkan kelibat seorang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan. Beliau terkejut apabila mendapati lelaki tersebut sedang beronani sambil memandang ke dalam rumah.
Aksi jijik lelaki tersebut kini mula tular di Twitter menerusi video yang dimuat naik berdurasi 19 saat. Suspek dilihat mengendap ke dalam rumah melalui tingkap kaca rumah Akauntan wanita tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim menjelaskan pihak polis telah menerima satu laporan berkaitan insiden tersebut dari seorang wanita di Balai Polis Sri Muda setelah mengetahui perbuatan jijik lelaki tersebut melalui jirannya.
“Hasil siasatan yang dilakukan oleh pihak polis, tiada sebarang kesan umpilan untuk pecah masuk ke rumah mangsa.
“Namun rakaman CCTV tidak begitu jelas dan wajah suspek masih lagi tidak dapat dipastikan dan tidak menolak aksi jijik tersebut dilakukan oleh warga asing” katanya kepada pemberita.
Usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes siasatan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.
“Pihak polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Shamsul Azeerin di talian 012-9802652 atau 03-55202222 bagi membantu siasatan,” ujar beliau lagi.