Kelibat pasukan Harimau Selatan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mula menjadi tumpuan dunia apabila berjaya melakar sejarah baru bola sepak tempatan. Kejayaan semalam menundukkan Ulsan Hyundai membuktikan JDT setaraf kelab dalam Liga EPL.
Kejayaan JDT untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati dalam saingan ACL 2022 buat pertama kali dalam sejarah bola sepak negara apabila berjaya menumbangkan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai semalam dengan jaringan 2-1 meletakkan mereka setaraf dengan kelab-kelab dalam Liga EPL.
Mungkin tidak keterlaluan jika ingin menyamakan kekuatan pasukan Harimau Selatan itu dengan kelab-kelab seperti Norwich City, Watford malah Everton yang kini sedang bersaing dalam Liga EPL musim 2022. Sekiranya prestasi semasa pasukan wakil dari Malaysia itu diambil kira, sudah semestinya mereka juga mampu menjadi pencabar kepada pasukan-pasukan lain dalam Liga EPL.

JDT sebelum ini telah bertanding dalam kejuaraan AFC Champions League sejak tahun 2016, dan pada tahun ini mereka mencipta kejutan apabila layak untuk mara ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik di Asia.
GOLAZO!
Leandro Velazquez gives 🇲🇾 @OfficialJohor a dream start against 🇰🇷 Ulsan Hyundai with a stunning free kick! 😮#ACL #ACL2022 pic.twitter.com/ADQdkEDgsa
— ElevenSportsSEA (@ElevenSportsSEA) April 30, 2022
Juara Piala AFC dan juga juara lapan kali berturut-turut Liga Super Malaysia itu membuktikan JDT kini berada satu tahap yang lain dengan kelab-kelab lain di Malaysia ketika ini. Kemampuan mereka untuk bermain secara berpasukan dengan hantaran-hantaran cantik serta bahagian serangan yang sering menghadirkan ancaman ke kubu lawan membuatkan mereka semakin digeruni.
Dalam perlawanan semalam, JDT terus memberikan asakan seawal wisel ditiupkan dengan serangan bertali arus dari pasukan tuan rumah itu. Gol awal yang dicari akhinya menjadi kenyataan seawal minit ke-5 hasil sepakan percuma yang cukup cantik dari Leandro Velasquez.
Namun sedikit kealpaan JDT meraikan gol awal itu dihukum Ulsan Hyundai apabila selang seminit kemudian rembatan kencang Jun Amano berjaya menerjah gawang JDT menewaskan Farizal Marlias.
But that lead did not last long.
🇰🇷 Ulsan Hyundai push forward from the restart and equalize via Jun Amano at the near post against 🇲🇾 @OfficialJohor.#ACL #ACL2022 pic.twitter.com/mjRVoi4psQ
— ElevenSportsSEA (@ElevenSportsSEA) April 30, 2022
Tersentak dengan gol penyamaan, JDT terus memperkemaskan bahagian benteng pertahanan serta menggandakan asakan namun keputusan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Taktikal menyerang yang diterapkan oleh Benjamin Mora berhasil apabila permainan kelihatan seimbang dengan asakan bertali arus kedua-dua pasukan namun kelebihan serangan lebih menyerlah kepada JDT dalam 15minit menuju 90minit permainan.
Permainan berlanjutan ke masa tambahan dengan serangan berbahaya kerap kali dicipta oleh JDT namun berjaya dihalang oleh penjaga gol Ulsan Hyundai. Namun aksi penuh dramatik tiba-tiba hadir dipenghujung permainan apabila sepakan Arif Aiman dari sebelah kanan gagal ditampan kemas oleh pertahanan Ulsan, Park Yong-woo sebelum bola terkenan pemain itu dan bergolek masuk ke gawang untuk memberi kemenangan kepada JDT.
LATE, LATE WINNER!
An unfortunate moment for Park Yong-woo but a HISTORIC goal for 🇲🇾 @OfficialJohor in @TheAFCCL! 😱#ACL #ACL2022 pic.twitter.com/GIZzjoTgFP
— ElevenSportsSEA (@ElevenSportsSEA) April 30, 2022