Seorang penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Joshua Michael berpendapat prestasi hambar pasukan dari utara tanah air itu perlu segera diperbaiki sekiranya Kedah berhasrat memberikan aksi terbaik mereka dalam Liga Super dan AFC. Beliau secara berani dedah 4 kelemahan Kedah dan berharap pasukan itu segera memperbaiki kesilapan mereka dari menjadi ‘lauk’ dalam saingan AFC 2022 kelak.
Sebelum ini Kedah dimalukan dengan kekalahan besar kepada Sabah FC 0-4 dalam saingan Liga Super terakhir mereka sebelum berehat menyambut Aidilfitri. Jaringan dari pemain veteran Amri Yahyah dan sepakan percuma cantik dari pemain import Park Tae-su menambah kedukaan pasukan yang sinonim dengan gelaran Sang Kenari itu.
Kedah juga pernah dimalukan apabila kalah 1-4 kepada Selangor FC ketika berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling pada 10 April lalu. Dengan dua kekalahan besar itu ternyata membimbangkan para penyokong pasukan Kedah kerana dibolosi dengan jumlah jaringan yang amat besar.

Di dalam pendedahan yang dibuat oleh Joshua, beliau mendedahkan empat kelemahan utama yang perlu segera diatasi sekiranya Kedah berhasrat untuk menjadi pesaing utama kepada pasukan JDT dan mengelakkan dari menjadi ‘lauk’ dalam saingan AFC yang bakal berlangsung kelak.
1. Bajet Kecil
Beliau menyatakan keengganan Kedah untuk berbelanja besar musim ini merencatkan perancangan pasukan.
“Bajet ciput, tapi selera besar. Sign terlalu ramai budak presiden dan pemain tempatan dari negeri lain yang tak proven.” ujar beliau.
2. Pemain Import Recycle
Beliau turut mempertikaikan kenapa pengurusan pasukan Kedah bertindak untuk mengambil pemain import recycle yang tidak begitu menonjol dalam pasukan yang diwakili sebelum ini.
“Kedua, import recycle dan tiada planning kemas. Ambil dua orang pertahanan tengah import sedangkan kita dah ada pemain tempatan yang boleh main lagi baik dari mereka. Last-last letak seorang di pertahanan kanan,” katanya dalam satu hantaran Facebook.
3. Tiada DNA Walaupun Sudah 4 Musim
Pasukan Kedah juga menurut beliau masih belum ada DNA tersendiri walaupun ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak telah mengemudi pasukan tersebut selama 4 musim.
“sehingga kini dia masih belum melihat DNA yang mahu diterapkan oleh ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak ke dalam pasukan Sang Kenari.” ujar beliau
4. Perlawanan Persahabatan Dengan Kelab Lemah
Joshua juga mempertikaikan persediaan KDA FC sebelum bermulanya musim 2022 kerana menganjurkan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab kecil yang tidak mampu memberikan cabaran serta boleh menguji kekuatan sebenar pasukan Kedah.
“Coach dah empat musim, tak nampak lagi DNA apa yang dia nak terapkan. Sebagai coach dia kena tau la kemampuan player dia. Lagi satu, jangan terlalu banyak bereksperimen.
“Masa liga berhenti adakan persahabatan menentang kelab M3. Macam mana nak test kemampuan kita? Nak main AFC kot, takkan tak boleh belanja lebih skit,” katanya.

Walauapapun pendapat setiap penyokong perlu diraikan dan pihak pasukan KDA FC perlu segera memikirkan jalan terbaik untuk memantapkan kembali pasukan Kedah bagi mengelakkan mereka menjadi ‘lauk’ dalam kejohanan AFC kelak. Semoga berjaya untuk pasukan KDA FC.