Telefon bimbit adalah barang larangan yang tidak boleh di bawa oleh pelajar ke sekolah. Sekiranya mana-mana pelajar melanggar arahan tersebut, telefon akan dirampas oleh pihak sekolah. Denda atau amaran akan diberikan sebelum telefon dikembalikan. Namun tular di Twitter apabila seorang kakak bengang dengan tindakan seorang cikgu guna nama Allah selepas rampas telefon adik kini hangat diperdebatkan di media sosial.
Tindakan yang dilihat kurang sesuai oleh guru tersebut kini mendapat perhatian netizen dan ada yang menganggapnya sebagai tindakan yang tidak wajar. Apa yang menjadi pertikaian sekarang adalah bagaimana respon guru tersebut setelah pelajar terbabit meminta maaf dan mengakui kesilapannya.
Kakak kepada pelajar tersebut yang menggunakan akaun Twitter @NurNazuwa berang dengan respon guru yang merampas telefon bimbit adiknya selepas terbaca perbualan guru dan adiknya yang menggunakan aplikasi Whatsapp milik ibu mereka. Adiknya dikatakan telah memohon maaf dan mengakui kesilapannya membawa telefon ke sekolah dan memohon untuk dikembalikan.
Namun respon balas dari guru tersebut amat memeranjatkan apabila menggunakan tiket ‘agama’ untuk menekan pelajar tersebut. Ibu kepada pelajar terbabit juga telah menghubungi guru berkenaan untuk mendapatkan kembali telefon bimbit anaknya itu.
Cikgu sekolah adik aku rampas henfon adik aku. Sekarang ni dia takmau bagi lepastu nak petik nama Allah segala hal. Relevant lagi ka nak rampas telefon budak2?? Dahla budak tu ada satu tu ja telefon nak online class ka apa? Bangang ka apa? pic.twitter.com/WzvEaVfE2i
— Wawerrr (@NurNazuwa) May 1, 2022
Perkongsian tersebut di Twitter telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Rata-rata netizen berpendapat masalah itu boleh diselesaikan dengan cara baik dengan ibu bapa kepada pelajar tersebut berjumpa secara berdepan dengan guru berkenaan.
Kinda torn in this matter tbh. I’m always respectful towards teachers tapi memang tak boleh dinafikan sesetengah cikgu sangatlah entitled and a jerk who won’t tolerate no matter how petty the issues are. https://t.co/Vj1fzVjKur
— Dojima (@AzaharulAzwan) May 3, 2022
i get the replies that said the students salah mbak phone and the alasan “terbawa” tu is prolly a made up excuse but that still dont give the right for the teacher to tahan her phone sampe camya gilak, ampe juak mok main nama tuhan gitok. heran https://t.co/CHQTtG7Epm
— 𝕸𝖆𝖗𝖈𝖊 🗝⛓️ (@awhjoy) May 3, 2022
Ada juga netizen yang mengatakan bahawa tindakan pelajar terbabit membawa telefon bimbit ke sekolah memang merupakan satu kesalahan. Tindakan guru merampas telefon itu juga merupakan prosedur yang memang diamalkan di setiap sekolah. Namun sesetengah sekolah mempunyai prosedur untuk menuntut barangan yang telah dirampas oleh guru di sekolah.
langkah utk mintak semula phone yg dirampas:
1. Bagitau mak ayah
2. Ceritakan perkara sebenar(ni budak2 jarang lepas. takut kena marah aan)
3. Mak ayah pergi sekolah jumpa guru disiplin
4. Bincang elok2. bagitau salah dan silap
5. insyaAllah dapat semula
6. Wajib jujur https://t.co/r83cdkV5Yg
— A.Thur Ussama (@ayippsay) May 3, 2022
Akan tetapi jawapan yang diberikan oleh guru tersebut dengan memetik nama ‘Allah’ juga dilihat sangat tidak bertanggungjawab dengan menggunakan tiket agama sebagai jawapan atau alasan. Tren menggunakan Allah sebagai alasan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan ia merupakan suatu tindakan yang tidak wajar untuk dilakukan lebih-lebih lagi mereka yang bergelar guru atau orang yang dihormati dalam masyarakat.
