Menjadi kebiasaan bagi segelintir usahawan muda di negara ini untuk bergaya dengan kereta mewah seperti Ford Mustang, Nissan GT-R R35 atau MPV mewah seperti Alphard dan Vellfire walaupun jualan baru mencecah puluhan ribu dan perniagaan masih belum betul-betul stabil. Ia jauh berbeza apabila Khairulaming pilih Perodua Bezza walaupun business catat jualan RM7.5 juta tahun lalu.
Content Creator masakan yang terkenal di media sosial itu juga merupakan pemilik kepada jenama Sambal Nyet memilih untuk setia menggunakan Perodua Bezza walaupun hasil jualannya tahun lalu mencecah RM7.5 juta.
Menurut beliau lagi, selama dua tahun beliau berulang-alik ke Kelantan dengan menggunakan Perodua Bezza dan tiada sebarang masalah untuk dirinya menggunakan kereta tersebut. Dengan ruang bonet yang luas, beliau dapat meletakkan peralatan untuk shooting video, penumpang belakang juga mempunyai ruang yang selesa dan apa yang paling penting adalah ianya jimat minyak.
so far im so happy with my bezza. bonet luas, legroom luas, minyak jimat. selalu guna travel balik kelantan. brg2 untuk shooting pn smua muat dlm tu. ok je jalan jauh. cuma kalau naik bukit semput sikit haha. dah nak 2 tahun guna and overall sgt puas hati. ativa tak pernah try lg https://t.co/XLg9UYpsd2
— Khairulaming (@khairulaming) May 5, 2022
Ciapan Twitter Khairulaming itu hadir selepas seorang pengguna Twitter meminta pandangan ramai kereta yang berbaloi untuk dirinya bagi kegunaan harian. Tanpa diduga ia mula menjadi viral dan ramai netizen yang berbalas ciapan mengenai topik itu. Ramai netizen bersetuju dengan influencer itu dan kagum kerana beliau masih lagi mengekalkan prinsip low-profile walaupun perniagaan beliau telah mencapai jutaan ringgit.
Kaya pon pakai Bezza. Aduii steady betul mamat ni. Salute! https://t.co/bBdmfCYbuk
— Shafiq (@FiqTR) May 6, 2022
Khairulming yang sales berjutaa pun pakai bezza. Teringat dkt my ex colleague jawatan assistant manager gaji banyak tapi dia pakai je viva lama dia. https://t.co/6q6d52gh2v
— Mai Siew Mai (@Maimoremuah) May 6, 2022
Krul aming pun pakai bezza. Ko gaji 2.5k duk keyell pun nak gelabah pakai city😭 https://t.co/zloBiu2r7d
— Nabila Noor (@nabilariduan) May 6, 2022
Sepatutnya pendekatan seperti Khairulaming ini perlu dicontohi oleh setiap usahawan muda diluar sana. Sekiranya perniagaan belum stabil dan jualan baru mencecah puluhan ribu, tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada. Kembangkan dahulu perniagaan sehingga mampu mencecah jutaan ringgit. Apabila perniagaan mula stabil baru fikirkan kereta apa yang sesuai digunakan untuk membantu meningkatkan produktiviti perniagaan.