COVID-19 melanda seluruh negara bermula penghujung tahun 2019 dan Malaysia adalah antara negara yang terjejas teruk dengan virus itu. Di Malaysia pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan virus COVID-19. Ramai yang diarahkan bekerja dari rumah dan semua sekolah diarahkan tutup. Menurut laporan, kajian mendapati rakyat Malaysia paling tinggi layari laman lucah ketika PKP dan mengejutkan Malaysia berada di tangga pertama di Asia.
Malaysia mengungguli carta jumlah pelayar laman lucah tertinggi di Asia semasa tempoh PKP yang lalu. Manakala di peringkat dunia Malaysia berada di kedudukan ke-4 dibawah Slovakia, Bulgaria dan Ireland.
Bedasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh salah sebuah laman lucah, trafik di seluruh dunia melonjak dari 6.5 peratus kepada 11.6 peratus dari 16 hingga 17 Mac 2020. Pada ketika itu kebanyakkan negara membuat sekatan pergerakan ke atas rakyat bagi membendung penularan virus COVID-19.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin juga telah memaklumkan dalam Dewan Rakyat pada 30 November 2021 bahawa pihak kerajaan telah menyekat 4,068 laman pronografi.
Sebelum ini pihak Polis Diraja Malaysia juga telah memaklumkan bahawa pihak polis sentiasa memantau laman web lucah menggunakan alatan pemantauan Internet. Alat tersebut boleh mengesan dan mengenal pasti pengguna yang melayari laman lucah di dalam negara ini dengan kerjasama unit Penyiasatan Jenayah Internet Malaysia (MICAC).
Alat yang digunakan oleh pihak berkuasa itu mampu berfungsi selama 24jam dan ia dapat mengesan lokasi laman lucah yang diakses, berapa lama masa digunakan oleh pengguna untuk melayari laman lucah tersebut dan siapa yang sedang mengakses laman tersebut.
