Pengguna lebuhraya utara-selatan pasti akan melalui sebuah taman tema yang terletak di Ipoh dan baru-baru ini telah tular beberapa keping gambar keadaan taman tema itu. Inilah rupa terkini Taman tema MAPS selepas 2 tahun, amat menyedihkan.
Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak di Ipoh Perak beroperasi secara rasmi pada Januari 2020. Namun ia ditutup kerana mengalami kerugian yang amat besar sehingga tidak dapat diselamatkan lagi.
Terbaru Twitter @IpohAjer ada berkongsikan video terkini suasana Taman Tema MAPS itu. Amat menyedihkan kerana ia umpama ‘pekan hantu’ yang dibiarkan begitu sahaja. Kini video tersebut mula tular di media sosial dan mendapat banyak komen dari para netizen.
Keadaan terkini MAPS Perak. Taman tema ini juga pernah beroperasi selama 3 tahun sebelum ditutup pada 2020 kerana mengalami kerugian yang sudah tidak dapat dibendung.
Credit video : naemJD pic.twitter.com/r604MsJ9sM
— PERAK Ajer (@IpohAjer) May 15, 2022
Keadaan terkini MAPS amat menyedihkan apabila dapat dilihat kawasan sekeliling sudah tidak terjaga dan semakin usang, walaupun dapat dilihat beberapa peralatan masih dalam keadaan baik. Netizen juga berkongsi kesedihan melihat situasi terkini MAPS, malah ada yang berkongsi saat-saat manis mengunjungi taman tema itu.
went here twice, once with memey pastu sekali lagi dgn family. i think this place really have potential i really liked the concept so its kinda sad nampak terbengkalai mcmni je https://t.co/pJIgr6bbD6
— 🍒 (@ainaadelrey) May 16, 2022
Ada juga netizen yang memberikan pandangan peribadi berkaitan dengan taman tema tersebut. Masing-masing berharap MAPS dapat diselamatkan dan dapat beroperasi kembali.
Waiting for a handsome magician to reside here https://t.co/VOt3e3zQR9
— saf | save 🌍 (@multifanzone) May 16, 2022
Another Mimaland. Maybe now ‘new tenants’ already moved in lol. But it’s just 2 years, maybe if someone got 💰 to spend, they can rebuild this place or just buy the land and build other things haha. If this place got potential, why not. I’m 100% agree fr movie location or a fest. https://t.co/twQaIrdzIg
— Mothra 🦋🇵🇸 (@hackerzafifi) May 16, 2022
What a sad sight. Such a big potential with ACTUAL IPs from Dreamworks Animation Studios then became a generic park then a pay-per-ride park with free entry and now,abandoned. I honestly don’t know why they build this theme park of all places,Ipoh with actual competition. https://t.co/3sg0kYZhWu
— Jay (@Valiantking93) May 16, 2022
MAPS perlu diselamatkan dan ia masih mempunyai potensi yang besar, namun pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan segera demi menyelamatkan taman tema tersebut. Malah sekiranya ia dapat dibangunkan semula tidak mustahil, MAPS mampu menjadi destinasi perlancongan menarik di Perak.