Belum tamat tempoh pinjaman selama semusim, Syafiq Ahmad diarah pulang ke JDT. Pengumuman mengejutkan itu telah diumumkan secara rasmi oleh JDT melalui media sosial rasmi kelab itu semalam.
Syafiq sebelum ini menyertai KDA FC pada awal musim dengan kontak pinjaman selama setahun. Namun desas-desus kuat mengatakan, Syafiq diarah pulang secara mengejut ke pangkuan JDT kerana isu yang berkaitan dengan kenyataan yang tidak sedap didengar dari seorang individu yang berpengaruh di Kedah yang melabelkan ada ‘tokong’ dalam Liga Malaysia.
WELCOME BACK SYAFIQ AHMAD!
Johor Darul Ta'zim FC will recall Syafiq Ahmad from his loan stint at Kedah Darul Aman FC. He will rejoin the JDT squad after the International break. pic.twitter.com/RM4GYzXcUT
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 20, 2022
Menurut kenyataan rasmi dari JDT, Syafiq akan segera memperkuatkan barisan pemain Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora. Syafiq akan menyertai JDT selepas tamat kalender antarabangsa FIFA pada Jun ini.
Pengumuman mengejutkan itu menjadi tanda tanya semua pihak kerana ketika ini Syafiq beraksi dengan cemerlang bersama KDA FC dengan sembilan penampilan membabitkan pasukan Sang Kenari itu.
Menjengah ke Twitter, ramai netizen memberikan komen berkaitan dengan isu tersebut. Antara mereka adalah pengguna yang menggunakan nama @juanbudiman. Tanpa menyebut nama individu itu, Juan memberikan komen kepulangan Syafiq ke JDT adalah disebabkan kenyataan yang mengejutkan dari individu tersebut.
Mudah sebenarnya pengajaran buat tuan Presiden yang tiada kemampuan untuk berfikir dan tidak sedar diri.
Selamat kembali SA28. pic.twitter.com/4gAXr2sqtQ
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) May 20, 2022
Syafiq merupakan pemain muda yang mula mencipta nama bersama pasukan Kedah bermula tahun 2013. Aksi pemain penyerang itu kerap kali menggerunkan pertahanan lawan dengan tandukan kencang yang beliau miliki.
Bersama JDT, Syafiq sentiasa memberikan aksi yang membanggakan dan selepas 4 tahun bersama JDT, musim 2022 ini, Syafiq dipinjamkan kepada KDA FC dan kepulangan penyerang itu turut menceriakan penyokong dan peminat bola sepak Hijau Kuning.
Syafiq Ahmad will return to JDT after the international break. In six months, he has scored two goals and made three assists for Kedah.
Just one statement to end it all. 🤷♂️ #MFLTransfer2022
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 20, 2022
Segala-galanya tidak seperti yang dirancang, tanpa sebab yang munasabah, Syafiq terus diarahkan pulang ke pangkuan JDT. Walau apa sebab yang berlaku sehingga pemain penyerang itu diarahkan kembali ke JDT, penyokong tetap mendoakan Syafiq dan KDA FC terus maju.