Baru-baru ini satu akaun TikTok dari Indonesia yang menggunakan nama @mainraket telah mengatakan bahawa Datuk Lee Chong Wei pemain badminton paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaan yang dimiliki oleh lagenda badminton Malaysia itu dikatakan bernilai USD $75 juta (RM330 juta).
@mainraket meletakkan kekayaan jaguh badminton negara itu menandingi kekayaan yang dimiliki oleh musuh tradisi beliau dari China, Lin Dan yang diletakkan pada kedudukan kedua dengan kakayaan dianggarkan USD $33 juta. Tempat ketiga jatuh kepada pemain China, Chen Long (USD $22 juta), keempat dan kelima jatuh kepada pemain badminton dari India, Pusarla Sindhu (USD $8.5 juta) dan Saina Nehwal (USD $4 juta).
@mainraket 5 SMASH TERKENCANG DI DUNIA! 🏸😱 #mainraket #smash #bwf #badminton #bulutangkis ♬ RAVE – Dxrk ダーク
@mainraket mempunyai 29,000 pengikut dan difahamkan laporan kekayaan itu dipetik dari The Sport Gril, sebuah media sukan berbahasa Inggeris dari India.
Video tersebut berjaya mendapat hampir 1 juta tontonan dan kebanyakkan rakyat Malaysia yang menonton video tersebut menitipkan perasaan terkejut dan kagum dengan nilai kekayaan yang dimiliki oleh jaguh badminton negara itu.

Namun berita kekayaan Lee Chong Wei bukanlah kali pertama dilaporkan, sebelum ini pada tahun 2016 thecelebritiesnetworth.com juga pernah melaporkan pemain badminton lagenda negara itu mempunyai nilai kekayaan mencecah RM300 juta berdasarkan jumlah kemenangan, perniagaan, hartanah, kereta mewah dan duta jenama pelbagai produk.
Di dalam laporan itu juga, media mendakwa Lee Chong Wei mempunyai banyak kenderaan mewah seperti Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini, Audi R8 dan Bentley Continental GT1.
Dalam temubual bersama MalaysiaKini, Lee Chong Wei telah menafikan perkara tersebut dan menegaskan jika beliau mempunyai kekayaan sebanyak itu, mungkin beliau bolehj duduk saja di rumah tanpa perlu menyertai apa-apa pertandingan.
Lee Chong Wei menegaskan, pemain badminton sukar untuk memperolehi kekayaan sebanyak itu kerana badminton bukanlah sukan yang popular seperti bola sepak, golf atau tenis.