Keghairahan segelintir masyarakat di negara ini mencari publitisi dengan membuat konten-konten yang menjelikkan semakin membimbangkan. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja sebagai konten untuk mendapat perhatian ramai, terbaru aksi pindah air dari mulut ke mulut geng ‘Abang Sado’ buat ramai netizen geli dengan aksi tidak senonoh golongan itu.
Tular satu video di TikTok memaparkan tiga pemuda yang sedang bersenam di gim melakukan aksi menjijikkan apabila mereka dilihat mengambil makanan suplemen dengan cara memindahkan dari mulut ke mulut.
Menerusi video yang mula tular di media sosial itu, individu pertama dilihat memasukkan air ke dalam mulut dan memindahkan air tersebut kepada individu kedua. Air dalam mulut individu kedua itu pula dipindahkan ke mulut individu ketiga yang kelihatan memasukkan makanan suplemen sebelum menerima air dari mulut individu kedua.
Perbuatan tiga individu itu mengejutkan netizen yang rata-rata melihat aksi tersebut sebagai tindakan yang menjijikkan. Mereka dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah konten.
Ada juga netizen yang memaklumkan tindakan memakan serbuk suplemen secara dry scopping adalah berbahaya dan tidak baik untuk kesihatan. Namun, ia bukan sahaja tindakan memindahkan air dari mulut ke mulut jauh lebih berbahaya dan menjijikkan.
Dry scooping is bad for your health .
Dry scooping and getting people to spit water into your mouth is even worse and awful 🤢 https://t.co/X9BKWHCov1
— Nimelesh (@HausofHilton) May 27, 2022
WTF jijik doh, demi content kan! https://t.co/v2OU7eUA2m
— Daddy Pooh 🇲🇾 🇵🇸 (@pojiepooh) May 27, 2022
Netizen berharap tindakan memalukan diri serta aksi menjijikkan seperti itu perlu dielakkan kerana terdapat banyak lagi cara yang jauh lebih baik untuk dijadikan konten di media sosial.
Tindakan untuk mencari populariti secara semberono dibimbangi boleh mandatangkan kesan buruk kepada diri dan sudah pasti imej individu yang terlibat akan rosak.