Kerana mengejar populariti, sesetengah pengguna media sosial sanggup melakukan apa sahaja supaya content mereka menjadi viral. Terbaru ramai pengguna TikTok telah menjadikan trend permain agama Islam dengan jadikan kipas sebagai makmum boleh dikira sudah murtad.
Trend pelik yang mula menjadi ikutan ketika kini oleh sebilangan individu di TikTok denagn mempermainkan Islam apabila dengan sengaja meletakkan kipas disebelah dan dipakaikan ‘kain telekung’ seolah-olah makmum. Perkara itu menunjukkan mereka seolah-olah cuba mempermainkan agama dan tindakan jahil mereka mula mencetuskan perdebatan di media sosial ketika ini.

@adhy2424 ya Allah ada apa sih dg mereka sampai” kipas angin di jadikan makmum nya #brandaku🙏 ♬ original sound – Widia Shopia Dewi
Bimbang dengan aqidah umat Islam yang mula dipermainkan, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor tampil menegur trend pelik itu. Menurut beliau, perbuatan sengaja itu menunjukkan pelaku amat jahil berkaitan dengan agama Islam dan tindakan sengaja itu amat memalukan dan mempersenda-sendakan agama Islam.
Menurut Datuk Seri Wan Salim lagi, tindakan individu itu boleh merosakkan akidah dan perkara itu merupakan suatu penghinaan terhadap Islam dan hukumnya adalah dosa besar.
Pelaku boleh dihadapkan ke mahkamah syariah kerana dengan sengaja mempermainkan agama Islam. Pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan terhadap indivu-individu ini yang disyakki dengan sengaja menghina dan mempermainkan agama Islam.
