Pekerjaan sebagai ‘rider’ atau penghantar makanan sememangnya memudahkan urusan pelanggan khususnya mereka yang mempunyai kekangan masa untuk pergi ke restoran atau kedai makan untuk membeli makanan. Namun tindakan seorang rider makanan mengamuk pelanggan salah ‘pin location’ kini tular di media sosial.
Disebalik usaha komited penghantar makanan untuk menghantar makanan kepada pelanggan, ada juga pelanggan yang menyusahkan penghantar makanan dengan memberikan alamat tidak lengkap atau salah.
Satu video di TikTok @uciluna_ mula viral apabila beliau merakamkan aksi seorang rider makanan yang mengamuk dengan aksi yang diluar jangkaan. Segalanya berlaku akibat kesilapan beliau yang tersalah pin location yang membuatkan rider makanan itu hilang sabar.
@uciluna_ Tak sangka jadi kejadian gaduh macam ni , punca uci salah pin tempatt 🥲 .. #rider #viral #malaysia #delivery #jomwatchlive ♬ suara asli – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️
Menerusi perkongsian di TikTok, pelanggan tersebut mengakui bahawa dia tersalah hantar lokasi penghantaran kepada rider tersebut dan telah memohon maaf dan bersedia memberikan tip yang lebih.
Rider tersebut kelihatan letih dan dalam keadaan marah dia telah menendang pintu serta beberapa peralatan di luar pejabat pelanggan tersebut. Rata-rata netizen turut bersimpati kepada rider makanan tersebut. Tindakan pelanggan yang tidak mengangkat panggilan serta memberikan lokasi yang salah kadang-kala menyusahkan penghantar makanan.

Ada juga netizen dari kalangan rider makanan turut memberikan respon terhadap video yang viral tersebut. Rider tersebut menerangkan mereka terpaksa mengejar masa dan sekiranya perkara sebegitu berlaku sudah pastinya rider sendiri yang menanggung kerugian.

Diharapkan kejadian sebegini tidak lagi berulang, sebagai pengguna perlulah bertimbang rasa dengan mereka yang berkorban masa dan tenaga mencari rezeki sebagai seorang rider makanan.