Pemain import Kedah Darul Aman (KDA) FC yang masih dibelenggu keceraan berpanjangan Dennis Buschening dijangka bakal digantikan dalam masa terdekat. Khabar berita mengatakan Kedah bakal sambar arkitek skuad kebangsaan Jordan bagi memperkuatkan pasukan dalam menghadapi saingan AFC dan baki saingan liga tempatan.
Dennis disahkan mengalami kecederaan Achilles semasa perlawanan persahabatan di awal musim. Rentetan dari kecederaan yang dialami oleh pemain itu, dia terpaksa direhatkan dalam baki perlawanan musim ini selama enam bulan bagi tujuan proses penyembuhan.

Pemain berdarah kacukan Thailand-Jerman itu hanya sempat beraksi ketika KDA FC bertemu KL City FC dalam saingan Liga Super sebelum ini. Dengan ketiadaan Dennis, Kedah dilihat semakin tempang dengan kegagalan memperoleh sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terakhir mereka.

Penyokong Kedah DA FC juga meminta pihak pengurusan kelab tersebut untuk segera mencari pengganti kepada Dennis.
TERIMA KASIH JANG SUK WON!
KDA FC dan Jang Suk Won telah mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak lebih awal selepas mempertimbangkan permohonan pemain tersebut untuk mendapat rawatan pemulihan jangka panjang. pic.twitter.com/ottWWs76bR
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) May 28, 2022
Kedah tidak menunggu lama apabila mengumumkan penamatan kontrak pemain pertahanan dari Korea, Jang Suk-won ekoran prestasi kurang memuaskan serta rawatan susulan kecederaan jangka panjang yang dialami pemain itu.
Menurut ketua jurulatih Kedah Aidil Sharin, beliau memberi gambaran akan membawa masuk pemain import baharu dari Timur Tengah bagi memberi nafas baru dalam serangan pasukan Sang Kenari itu.


Nama arkitek pasukan bola sepak kebangsaan Jordan disebut-sebut ketika ini telah berada dalam radar pasukan dari utara tanah air itu.
Berdasarkan risikan awal Ahmed Israiwah dijangka bakal menjadi pemain import dari Timur Tengah yang akan dibawa masuk oleh Aidil Sharin.
Bermain di posisi sayap, Ahmed dijangka bakal menggantikan Dennis yang direhatkan dalam tempoh yang panjang ekoran keceraan yang dialami.

Arkitek pasukan Jordan itu sebelum ini pernah beraksi bersama kelab Al Wehdat SC dan Al Salt, kelab yang sama dengan penyerang Kedah ketika ini Ronald Ngah Wanja.
Ahmed dijangka akan digandingkan bersama dengan Ngah Wanja bagi memberikan nafas baru dalam serangan KDA FC. Sebelum ini Syafiq Ahmad dipanggil pulang ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) sejurus selepas isu ‘tokong’ yang dibangkitkan oleh Presiden KFA, Mohamad Sanusi Md Noor.
Bagaimanapun penyokong berharap sekiranya Ahmed berjaya dibawa masuk, arkitek Jordan yang pernah beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL), Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 2016, 2018 dan 2021 itu dapat membantu pasukan Kedah untuk kembali menjadi pesaingn yang digeruni dalam saingan Liga Malaysia dan memberi cabaran pada aksi dalam saingan AFC nanti.

