Khabar angin kencang mengatakan bahawa Arif Aiman bakal tinggalkan JDT untuk berhijrah ke luar negara? Kehebatan pemain berusia 20 tahun itu tidak dapat dinafikan lagi apabila pemain itu dikhabarkan sedang diintai oleh sekurang-kurangnya 15 orang ejen (scout) yang berpengkalan di Sepanyol.
Sebelum itu, laman Twitter We Are Scouting telah mendedahkan info berkaitan dengan pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang berjaya membantu pasukan dari selatan tanah air untuk melangkah ke pusingan kalah mati dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2020 (ACL) pada bulan lalu.

“Seorang bakat unik dari Malaysia yang berjaya menarik perhatian pasukan ‘scouting’ kami, selepas beraksi cemerlang di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia.
“Seorang pemain sayap muda dari Malaysia yang merupakan ‘provider’ yang sangat baik sehingga mampu memberi umpanan kepada penyerang,” tulisnya.
Kehebatan pemain muda itu turut diakui oleh pasukan JDT apabila pemain sayap itu sudah berjaya menembusi kesebelasan utama JDT dengan 14 penampilan dan melakukan tujuh ‘assist’ bagi membantu pasukan mencipta kejayaan.

Menjengah di media sosial, rata-rata peminat memuji kehebatan pemain muda JDT itu malah ada yang mengatakan penyokong tidak perlu terkejut sekiranya Arif Aiman akan berhijrah ke luar negara suatu hari nanti.
“Wahhhhhh, jangan tanya kenapa kalau tiba-tiba dapat ‘offer’ dari kelab-kelab Sepanyol,” tulis Halim Naim.

“Pemain buangan Lim Teong Kim yang diambil oleh ‘scouting talent’ JDT dan dituai dan disemai oleh TMJ,” jelas Amir Yusoff.
“Sebagai penyokong JDT, bangganya tengok pasukan sendiri boleh ‘develop’ pemain sehingga menarik minat orang luar, dulu Safawi Rasid kini Arif Aiman pula, tahniah!,” ujar Muhd Kemal.

Kini Arif Aiman menjadi watak utama di dalam skuad kebangsaan kendalian ketua jurulatih Kim Pan-gon dalam pentas Piala Asia 2023. Malah Arif turut menjadi watak utama di dalam kemenangan ketika 3-1 Malaysia ketika bertemu dengan Turkmenistan dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
