Tindakan seorang warga emas maki wanita dalam MRT membuatkan ramai netizen bengang dengan tindakan tersebut. Insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @chnrsyrn yang menceritakan pengalaman mengejutkan dialami olehnya.
Pengguna kenderaan awam sepatutnya lebih bertimbang rasa serta mengamalkan budaya hormat menghormati di antara satu sama lain kerana kemudahan itu dikongsi bersama untuk kemudahan semua pihak.

Namun tindakan seorang warga emas memaki seorang penumpang lain dalam MRT baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai. Menurut wanita tersebut, warga emas itu mendakwa kerusi yang didudukinya itu adalah kepunyaan lelaki tersebut. Malah tindakan kasar warga emas itu memaki dirinya adalah tidak masuk akal.
Hi semua yang selalu naik MRT tu, saya nak pesan sila berhati2 dengan this old guy. Dia sangat2 biadab siap tengking2 orang sebab dia claim seat yang orang duduk tu dia punya (while banyak lagi seat kosong). I am one of the victim today. Dia maki saya “stupid bitch” 🥹 pic.twitter.com/gaW9ZNSqTZ
— senah (@chnrsyrn) June 10, 2022
Wanita itu turut menjelaskan, ketika kejadian itu banyak lagi tempat kosong yang masih boleh diduduki. Namun tindakan warga emas itu telah mencetus ketegangan yang tidak sepatutnya.
Perkongsian wanita tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen tidak senang dengan sikap biadap warga emas tersebut. Malah ada netizen yang mengatakan faktor umur bukanlah “tiket” untuk berlaku biadap dengan orang lain, walaupun orang itu jauh lebih muda.
Mmg skrg jd org tua ni lesen utk diorng nk biadab ke? Kalau org melawan kang kene cop kurang ajar dgn org tua plak. Tp tulah aku rasa bukan semua org tua perlu dihormat sbb aku dh bnyk kali jmpe org tua biadab ni. https://t.co/f8utpceR6o
— Suzy.Shmi (@SuzyShmi) June 11, 2022
Ada juga netizen yang mengatakan bahawa pernah bertembung dengan lelaki yang sama dan tindakan serupa dilakukan oleh warga emas tersebut. Netizen mengandaikan warga emas itu memang seorang yang ‘bermasalah’ kerana sering mengganggu penumpang lain.
saw him once in LRT. i don’t think he’s in the right mind pasal sumorg dia maki masa tu. 😭 https://t.co/qvz1sFryCw
— ri. (@ptrishnsa) June 11, 2022
i think i saw him at Singapore, dalam MRT jugak. but not sure memang dia or pakcik lain. masatu that pakcik maki chinese girls bc they were talking in the MRT and dia pun ada pegang payung like this https://t.co/wNRxtLt0xK
— khairun. (@freakkhy) June 11, 2022
Tindakan tidak beradap warga emas itu boleh menyebabkan kekecohan yang tidak sepatutnya berlaku. Sebagai pengguna yang bijak, sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa perlu ada di dalam setiap diri pengguna kenderaan awam di Malaysia.
