Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dimalukan oleh penyokong Malaysia apabila membuat respond balas selepas Menteri itu mendakwa salah satu punca kekalahan Malaysia kepada Bahrain adalah disebabkan terganggu dengan sorakan penyokong di stadium. Penyokong Harimau Malaya menaikkan kain rentang dengan tulisan “Peja Jangan Sap Gam” sebagai mengkritik kenyataan tidak berasas dari Menteri Belia dan Sukan itu.
Selepas kekalahan Malaysia kepada Bahrain dengan jaringan 1-2, Ahmad Faizal membuat kenyataan kontroversi menyatakan antara faktor kekalahan pasukan kebangsaan kepada Bahrain adalah disebabkan pemain Malaysia hilang fokus kerana terganggu dengan sorakan gemuruh dari penyokong Harimau Malaya yang hadir di stadium.

Kenyataan tidak berasas dan janggal dari Ahmad Faizal itu terus mendapat respond balas dari seluruh rakyat Malaysia. Rata-rata netizen dan penyokong pasukan bola sepak kebangsaan mengecam pendapat Ahmad Faizal dan ada yang mengatakannya sebagai menteri yang tiada semangat kesukanan.

Terkesan dengan kritikan dari seluruh penyokong pasukan kebangsaan, Ahmad Faizal selepas itu tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjurannya.

Namun kemarahan penyokong pasukan kebangsaan tidak reda begitu sahaja dengan permohonan maaf dari Menteri Belia dan Sukan itu, malah ada segelintir penyokong yang telah membawa kain rentang dengan tulisan “Peja Jangan Sap Gam” untuk digantung di dalam stadium.
Gambar yang dirakamkan di Stadium Bukit Jalil itu kini menjadi tular apabila ramai netizen yang berkongsikannya di media sosial.
Nasihat yg amat baik kepada saya dan kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita. pic.twitter.com/efLEEh4xde
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) June 14, 2022
Ahmad Faizal turut berkongsikan gambar tersebut di Twitter miliknya dengan menulis “Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita”.
Namun ada segelintir netizen yang turut mempersoalkan kenapa Ahmad Faizal meletakkan tanda seru “!” di dalam tulisannya. Tanda seru selalunya digunakan untuk membuat sesuatu penegasan, dan ia sering digunakan dalam tulisan di media sosial apabila seseorang itu ingin menggambarkan kenyataanya sebagai sesuatu yang tegas atau ketika penulis sedang dalam keadaan marah dan sakit.