Kecoh di media sosial ketika ini apabila dikatakan elaun Pengerusi FELDA dinaikkan hingga RM480,000. Tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) itu mendapat kritikan dan cemuhan dari netizen apabila pihak lembaga tersebut dikatakan menaikkan elaun pengerusi FELDA disaat isu kenaikkan harga barang serta subsidi minyak masak tulen berbotol yang akan dimansuhkan bermula 1 Julai 2022 ini.
Menerusi satu ciapan di Twitter seorang mengguna Fakta Bukan Auta, beliau mendedahkan satu mesyuarat telah diadakan semalam bagi membincangkan kenaikan elaun Pengerusi FELDA kepada RM480,000. Sebelum ini Pengerusi FELDA dibayar elaun berjumlah RM300,000.

Selain menaikkan elaun kepada RM480,000, kereta rasmi Pengerusi FELDA juga akan ditukar baharu dengan elaun kereta berjumlah RM18,000 sebulan.
Tahukah anda hari ini akan diadakan Mesyuarat Agong FGV anak syarikat FELDA.
Apa agenda mesyuarat?
1) Elaun tahunan Pengerusi dinaikkan dari RM300,000 kpd RM480,000.
2) Kereta rasmi akn ditukar baru beserta elaun kereta RM18,000 sebulan.
Minyak masak kan dah takde subsidi. pic.twitter.com/08YrTGk3tK
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) June 22, 2022
“Tahukah anda hari ini akan diadakan Mesyuarat Agong FGV anak syarikat FELDA. Apa agenda mesyuarat?
“1) Elaun tahunan Pengerusi dinaikkan dari RM300,000 kpd RM480,000.
“2) Kereta rasmi akn ditukar baru beserta elaun kereta RM18,000 sebulan.
“Minyak masak kan dah takde subsidi,” kata Fakta Bukan Auta.
Ciapan tersebut terus mendapat sambutan dari pengguna Twitter yang lain. Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan FELDA yang dikatakan melebihkan pihak atasan dari membantu golongan peneroka yang tersepit dengan masalah ekonomi ketika ini.
Why tambahkn kesenangan pengerusi? Better tolong peneroka lagi bagus. Yang senang terus senang, yang dibawah ni, hmm
— ZeaKavinsky (@nieylsajiehaa) June 23, 2022
Deme kan yang paling terjejas. Nak beli ayam tak mampu, nak beli telur lagi lah tak mampu. Duit tak cukup terpaksa lah minta naikkan elaun untuk sara kehidupan
— Maejaaaaa✨ (@maejaaaa) June 23, 2022
Tarik subsidi minyak masak supaya BOD Felda,FGV dapat naik gaji elaun tinggi2. Ba alif ba ya!
— Joe Reacher (@joe_reacher8) June 23, 2022
Sebelum ini kerajaan Malaysia telah membuat pengumuman subsidi minyak masak tulen berbotol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai 2022 ini.
Alasan yang diberikan tindakan tersebut bagi menjamin bekalan makanan dalam pasaran lebih stabil dalam jangka masa panjang. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linngi tindakan itu bagi menstabilkan harga minyak dalam pasaran seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian.
“Sebenarnya program subsidi minyak masak tulen untuk botol ini hanyalah sementara. Ketika pelaksanaan pada 2021 itu kita buat dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu Ogos, September dan Oktober.
