Kebangkitan pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) ketika ini mengejutkan ramai pihak apabila berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Zon Asia Tenggara Kumpulan G Piala AFC 2022. ‘3 Player terbaik’ Kedah setakat ini dilihat berjaya mengangkat kembali maruah pasukan dari utara tanah air itu sebagai antara gergasi bola sepak di Malaysia yang patut digeruni.
Kedah bingkas bangun selepas kalah 0-2 kepada Bali United pada aksi pertama Kumpulan G dan dilihat sukar untuk meneruskan perjuangan dalam Piala AFC 2022. Pada perlawanan tersebut, Kedah dilihat hilang rentak dan gagal menguasai permainan.
Menuju perlawanan kedua, Aidil Sharin bijak membuat perubahan taktikal yang menyaksikan Kedah bangkit semula mengejar kejuaraan. Corak permainan pasukan Kedah pada perlawanan kedua Kumpulan G dilihat mengalami banyak perubahan. Menang bergaya dengan jaringan 4-1 menewaskan Kaya FC membuktikan Aidil Sharin masih mempunyai sentuhan magisnya.
Kombinasi pemain import baharu betul-betul memberikan impak yang besar kepada Kedah apabila dengan mudah meratah Visakha FC dengan jaringan 5-1. Kedah dilihat menguasai keseluruhan permainan pada Khamis lalu dengan hantaran-hantaran tepat dan serangan yang berbahaya.
Pada perlawanan malam itu Kedah bukan setakat boleh menjaringkan 5 gol sahaja, namun Kedah dilihat mampu menjaringkan dua atau tiga gol lagi.
Apa yang menarik perhatian pemerhati bola sepak ketika ini adalah kelibat tiga orang pemain yang dilihat menjadi nadi kepada kebangkitan semula pasukan Kedah.
Pemain tersebut adalah bintang import Kedah, Mahmoud Al-Mardi, Sanrawat Dechtmir dan Dechi Marcel. Kelibat ketiga-tiga pemain itu mampu membentuk gabungan trio yang boleh menggerunkan pihak lawan.

Kedah seolah-olah mendapat enjin baharu apabila bahagian tengah pasukan itu dilihat berfungsi dengan sangat baik. Sebagai contoh, Dechi mencatatkan 149 ketepatan hantaran dari 162 jumlah hantaran setakat April lalu.
Dechi sebelum ini merupakan top 3 good passer dengan catatan hantaran tepat berjumlah 1735 sepanjang Liga Super 2021.

Sanrawat yang berusia 32 tahun turut menunjukkan kualiti hantaran yang sangat baik. Menerusi catatan Opta Thailand, Sanrawat mempunyai catatan 93% jumlah ketepatan hantaran, 96 sentuhan diposisi midfield, 78 hantaran yang berjaya dilakukan. Pemain ini memiliki vision yang baik. Dia jenis cepat melakukan ball recoveries, dan ada kreativiti dalam menukar arah serangan.

Hatrik bintang import baharu Kedah ketika bertemu Visakha FC, Mahmoud Al-Mardi sudah cukup membuktikan kualiti yang tinggi dimiliki oleh pemain itu. Mahmoud merupakan seorang pemain yang mempunyai keyakinan dan komitmen tinggi disepanjang permainan. Memiliki rembatan yang kencang serta skill individu yang tinggi mampu menghadirkan gerun kepada pasukan lawan.
Ketiga-tiga pemain ini dilihat mula serasi dengan Ronald Ngah Wanja dan hantaran tepat dari mereka kepada pemain penyerang itu dilihat mula membuahkan hasil. Ngah Wanja ketika ini sudah mula menunjukkan taring dengan larian kencang serta rembatan padu membolosi pertahanan lawan.
