Kerajaan telah mengumumkan harga siling baharu ayam yang dinaikkan kepada RM9.40 dari RM8.90 sebelum ini. Namun respond Bos MyDin mengundang persoalan lebih besar yang sepatutnya diselesaikan oleh pihak kerajaan.
Menurut Ameer, pengumuman harga syiling ayam terbaharu dari kerajaan itu tidak membawa sebarang perbezaan memandangkan kebanyakkan harga barangan keperluan lain melambung naik.
Beliau turut menekankan kerajaan sepatutnya menumpukan kepada masalah yang paling besar iaitu masalah rantaian bekalan makanan.


Ameer berkata kepada pemberita sebelum ini, kerajaan sepatutnya menumpukan kepada masalah bekalan ayam berbanding harga ayam.
“Dengan harga siling baharu, mustahil bekalan ayam di pasaran bertambah baik.
“Keadaan tidak akan berubah dengan harga siling baharu selagi kita terus mengalami kekurangan bekalan,” katanya kepada FMT
Lain pula respond yang diberikan oleh Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Jeffrey Ng, beliau bersyukur di atas penetapan harga siling ayam terbaharu dari kerajaan kerana menganggapnya harga yang sangat berpatutan.
“Saya amat menghargainya kerana ia jauh lebih berpatutan berbanding harga di negara lain seperti AS, di mana harga ayam adalah kira-kira USD3.50 (kira-kira RM15.40) sekilogram,” kata Ng kepada FMT.
Ng, bagaimanapun, menyatakan bahawa petani kini lebih yakin kepada kerajaan, kerana mereka telah memudahkan petani untuk memohon subsidi.
“Mereka telah menyelesaikan banyak isu. Kami kini boleh menghantar permohonan dalam talian, dan bilangan dokumen yang diperlukan telah dikurangkan daripada 13 kepada hanya tiga.