Pelawak terkenal negara Shuib akhirnya membuka mulut setelah kerap kali diajukan soalan berkaitan dengan jodohnya. Sering diajukan soalan berkaitan pengganti kepada arwah Siti Sarah, Shuib dedah siapa wanita yang bertahta dihatinya setelah kehilangan isteri tercinta 10 bulan yang lalu.
Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad memohon peminat dan rakan artis supaya memberikannya ruang untuk menjalani kehidupan bersama anak-anak selepas kehilangan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin 10 bulan yang lalu. Pelawak itu kini mahu kehidupan yang tenang sambil membesarkan anak-anaknya.

Bercakap kepada media, Shuib meluahkan apa yang terbuku dihatiya setelah sekian lama. Luahan hati Shuib itu jelas menunjukkan siapa wanita yang bertahta dihati pelawak itu ketika ini.
“Tak rimas tapi kalau boleh berilah sedikit ruang untuk saya menjalani kehidupan dengan tenang, sebab ini bukanlah satu perkara yang mudah.
“10 bulan Sarah dah tinggalkan saya dan anak-anak. Satu rasa yang cukup luar biasa sebenarnya. Kadang-kadang sampai tak tahu bagaimana nak terjemahkan.
“Tak pernah satu hari berlalu saya tak teringatkan tentang Sarah. Susahnya nak menjalani kehidupan pun dah satu tekanan buat saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Shuib turut mendedahkan ramai yang cuba menjodohkan dia dengan wanita-wanita lain, namun mengambil pendekatan menyerahkannya kepada ketentuan Allah.
“Saya berterima kasih apabila orang ambil berat pasal saya tetapi kadang-kadang pasal jodoh, bercinta dan berkawan dengan siapa membuatkan saya tertekan.
“Mengapa tidak doakan saya dan anak-anak yang terbaik. Insya-Allah, doa-doa kalian semua saya akan balikkan. Saya nak semua orang bahagia dan teruskan doa yang terbaik tapi jangan terlalu menekan cuba nak jodohkan dengan itu, dengan ini.
“Anak saya semakin membesar dan mereka dah boleh membaca. Saya tak nak komen yang bukan-bukan dalam media sosial memberi kesan kepada emosi dan pemikiran mereka,” kata Shuib, 38.
Shuib sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan beberapa orang kenalan artis wanita termasuklah penyanyi Siti Nordiana dan pelakon Zara Zya.
