Seorang penceramah didakwa rogol pelajar berusia 14 tahun dan disyakki melakukan hubungan intim dengan remaja tersebut beberapa kali di lokasi berbeza.
Pihak polis telah memaklumkan pendakwah itu telah ditahan di Kuala Selangor, Selangor pada Isnin kerana disyaki terlibat dengan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S.Sasikala Devi berkata, pada 16 Julai selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat seorang remaja berusia 14 tahun itu yang mendakwa dirinya telah dirogol oleh pendakwah bebas tersebut.
Siasatan awal pihak polis mendapati pengadu telah berkenalan dengan suspek yang berumur dalam lingkungan 30-an itu sejak Mei tahun lepas dan beberapa kali telah menemui suspek.
“Bermula dari perkenalan itu pengadu dan suspek beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut pihak polis, mereka bertindak hasil dari maklumat itu, dan pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah membuat tahanan terhadap suspek kira-kira pada jam 4.50 petang pada Isnin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, Selangor.
Sasikala Devi berkata, suspek kini direman lima hari bermula Selasa untuk siasatan lanjut.
