Seorang wanita membuat pendedahan mengejutkan di media sosial menceritakan kronologi bagaimana kes penceramah rogol gadis 14 tahun boleh berlaku.
Semalam kecoh di media sosial apabila seorang penceramah bebas yang berusia sekitar 30-an telah direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S.Sasikala Devi berkata, pada 16 Julai pihak polis telah menerima laporan yang dibuat seorang remaja berusia 14 tahun mendakwa dirinya telah dirogol oleh pendakwah bebas tersebut.
Pihak polis telah memaklumkan pendakwah itu telah ditahan di Kuala Selangor, Selangor pada Isnin kerana disyaki terlibat dengan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Wanita yang menggunakan nama @qayqay di akaun TikTok mendedahkan kronologi hubungan antara penceramah tersebut dengan remaja perempuan berusia 14 tahun itu.
Qayqa turut mendakwa anaknya adalah kawan baik kepada mangsa. Semuanya bermula apabila remaja terbabit bertanya soalan mengenai perihal agama kepada penceramah tersebut. Penceramah itu dikatakan telah memberikan nombor telefon kepada mangsa.
@omyqay Replying to @mesyaje sy akan ceta satu persatu..#pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia🇲🇾 #allahuakbar ♬ original sound – Fathi Naim
“Mangsa mengikuti ustaz ini kat Instagram kemudian DM tanya soal agama. Ustaz bagi nombor telefon katanya jarang buka DM. Kemudian, sampai satu hari ustaz umpan cuba teka umur saya berapa? Kalau betul saya belanja makan.”
“Budak mentah macam tu apa tau. Seronok sebab nak keluar dengan orang yang popular.”
Dalam hantaran video lain yang dimuat naik, wanita tersebut turut mendakwa penceramah bebas dan gadis itu telah beberapa kali melakukan hubungan intim atas dasar suka sama suka.
@omyqay ♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia
Namun, pihak keluarga mangsa mengambil keputusan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis memandangkan gmangsa masih di bawah umur.
Tidak membela mana-mana pihak, wanita terbabit menyerahkan keputusan siasatan kepada pihak yang lebih berkuasa.
