Tindakan seorang anggota polis trafik cium tangan Najib Razak mengundang pelbagai riaksi di media sosial. Rakaman video tersebut sebelum ini telah dikongsikan oleh pegawai khas Najib, Mukhlis Maghribi.
Hasil carian mendapati rakaman tersebut telah dipadam namun tangkap layar video tersebut mula dikongsikan secara meluas di media sosial.
Tindakan yang menimbulkan kontroversi itu telah mendapat perhatian ramai malah kartunis negara Zunar turut menjadikan insiden itu sebagai inspirasi kepada penghasilan karya terbaharu beliau.
Macam2 benda pelik berlaku di Malaysia sejak akhir2 ini
RE: https://t.co/BtUsXVsIi4#maluapabosku #1MDB #bosku #boskur #bossku #bosskur pic.twitter.com/dTIGkxxjAa
— Zunar Cartoonist (@zunarkartunis) August 1, 2022
Turut menjadikan babak dalam video itu sebagai bahan lawak jenaka, seniman grafik Fahmi Reza pula mengeluarkan kartun yang memaparkan seorang pegawai polis mencium tangan seorang lelaki dengan kapsyen “Cash Is King” dan “Mengampu Adalah Budaya Kita”.
— Fahmi Reza (@kuasasiswa) August 2, 2022
Ketika diajukan soalan oleh media, jurucakap Bukit Aman menyatakan bahawa pihak polis sedang “mendapatkan maklumat daripada jabatan berkaitan” susulan insiden tersebut yang mula menjadi pertikaian rakyat ketika ini.
