Siapa yang tidak kenal Khairulaming dan Sambal Nyet yang dihasilkan oleh beliau. Berkongsi kejayaan di Twitter, Khairulaming mendedahkan Sambal Nyet berjaya raih RM14 juta sejak produk itu memasuki pasaran pada Januari tahun lalu.
Khairulaming berkongsikan kegembiraan beliau apabila produk jenamanya iait Sambal Nyet telah terjual sebanyak 1 juta botol dan berjaya meraih pendapatan sebanyak RM14 juta dalam tempoh tidak sampai dua tahun.
“Pada hari pertama kita jual Sambal Nyet, kita cuma dapat jual 200 botol sehari. Tetapi Alhamdulillah kita dapat jual 5,000 botol sambal sehari. Team kita juga dah berkembang daripada 8 orang, kini sudah naik ke 50 orang,” katanya.
Selepas setahun setengah beroperasi, alhamdulillah hari ni jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan total sales sambal Rm 14 juta ringgit. Kita juga baru tambah kilang kedua seluas 22,000 sqft di Kelantan yg akan beroperasi tak lama lagi 🙏🏻 (Thread): pic.twitter.com/C0z0Y8wUT5
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022
Walaupun banyak cabaran sebab ini first time kami operate kilang, alhamdulillah hari ni kita reach jualan sebanyak 1 juta botol. Ada sebanyak 1,000,000 botol sambal yang di masak dari scratch, di balut, dan di hantar ke setiap customer di seluruh negara pic.twitter.com/RTQaC9pMOz
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022
Tanpa menyembunyikan kegembiraan beliau, Khairulaming turut mengumumkan pembukaan kilang kedua beliau bagi memenuhi permintaan pelanggan.
“Kilang kedua ini akan jadi tempat untuk naikkan lagi produksi Sambal Nyet dan jadi tempat persediaan untuk produk kedua nanti,” katanya.
Namun beliau tidak mendedahkan lagi produk kedua yang bakal dihasilkan oleh beliau dan perkara itu masih menjadi tanda tanya.
MENARIK TENTANG KHAIRULAMING !
Khairulaming Pilih Perodua Bezza Walaupun Business Cacat Jualan RM7.5 Juta