Aidil Zafuan dan S.Kunanlan menjadi dua pemain terbaharu yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Sabah FC. Namun penyokong Sabah FC mahukan Safawi dan Akhyar bagi mempertajamkan jentera serangan The Rhinos musim depan.
“Kalau betul khabar angin itu, kami hanya memerlukan Pawi (Safawi) dan Mat Yat (Akhyar). Untuk Aidil (yang bermain di posisi centre-back), kami ada Jackson, Dominic Tan dan Rawilson Batuil.

“Kami juga ada Mohd Hanafie dan Alto Linus (masing-masing midfielder) dan Rizal Ghazali (right-back),” kata Mohd Sharil di laman Facebook Sabah Supporters Club.
Jika dilihat berdasarkan data transfermarkt, kebanyakan pemain Sabah yang dinamakan itu juga lebih muda berbanding Aidil Zafuan yang sudah mencecah 35 tahun.
“Daripada ambil Aidil, bagus bawa masuk Syazwan Andik yang dipinjam ke Melaka United FC tu. (Dia) muda lagi,” kata Erwin Sabdani.

Bagi pemerhati sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli beliau mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap spekulasi terbaharu itu.
“Saya tidak terkejut jika Safawi dan Akhyar berhijrah ke Sabah musim depan. Ini perkara biasa sebagai pemain profesional. Jika pasukan hebat sudah tidak memerlukan khidmat mereka, mereka perlu menyedari atau dapat merasakan petanda-petanda tersebut.
“Eloklah mula mengorak langkah untuk mencari pasukan lain yang hebat. Jadi kalau mereka diperlukan oleh Kim Swee ini satu pilihan semasa yang tepat.
“Saya yakin perpindahan kedua-dua pemain ini pasti akan berlaku seperti mana berlaku kepada pemain-pemain hebat negara kita yang bersama dengan JDT sebelum ini.
“Kita tahu JDT sebuah pasukan yang tidak akan teragak-agak menamatkan atau meminjamkan pemain jika prestasi pemain itu tidak mencapai tahap seperti yang diharapkan. Bagi mereka players come and go, but the right ones will only stay,” jelasnya.